Kesyukuran yang sering diabaikan




Aku bersyukur kepadaMu.

Wahai kawan-kawanku semua, marilah kita merenung bersama-sama dengan perkara-perkar dibawah.

Sesungguhnya kita patut bersyukur..

1. untuk suami/isteri yang tidur berdengkur diwaktu malam, kerana beliau tidur disisi kita bukan dengan orang lain.

2. untuk anak/adik perempuan kita yang mengomel apabila mencuci pinggan, kerana itu bermakna dia berada di rumah, bukan dijalanan berpeleseran melakukan perkara yang kita tidak inginkan.

3. untuk cukai pendapatan yang kita kena bayar, kerana itu bermakna kita masih mempunyai pekerjaan.

4. untuk pakaian kita yang dah tak muat, kerana itu bermakna kita cukup makan dan minum.

5. untuk lantai yang perlu dimop, tingkap yang perlu dilap, dan rumah yang perlu dikemas, kerana itu bermakna kita mempunyai tempat tinggal daripada tidur dibawah jambatan, di stor, ditepi jalan dll.

6. untuk bunyi bising dan melihat jiran-jiran melalukan sesuatu, kerana itu bermakna kita masih lagi boleh mendengar dan melihat.

7. untuk timbunan pakaian yang perlu dicuci/digosok kerana itu bermakna kita ada pakaian untuk dipakai setiap hari.

8. untuk keletihan/kesakitan otot selepas seharian bekerja, kerana itu bermakna kita masih berupaya untuk kerja kuat.

9. untuk tempat letak kereta yang jauh daripada lif, kerana itu bermakna kita masih berupaya untuk berjalan.

10.untuk jam loceng yang berdering pada waktu pagi, kerana itu bermakna kita masih hidup untuk meneruskan hari tersebut. Syukur yang TuhanKU...

dan akhir sekali...kepada yang membaca, berkongsilah dengan semua orang jika mereka suka atau cuma "LIKE" di FB sahaja, itu bermakna anda masih mempunyai kawan yang memikirkan anda.
Marilah kita bersyukur bersama..


Sekian, Walk The Talk

0 comments:

Artikel PiLihan Saya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...