Solat Sunnat secara umumnya boleh didefenisikan sebagai solat untuk menambah taat seseorang hamba / Muslim kepada Allah SWT.
Kelebihannya dapat dilihat berdasarkan kepada ibadah kita, solat sunnat disyorkan oleh Islam kerana dapat melengkapkan kekurangan dari solat fardhu yang berkemungkinan terdapat cacat celanya atau kekurangan yang kita pasti / tidak pasti.
Berdasarkan Hukum Solat Sunnat didalam mengerjakannya adalah mendapat pahala bagi seseorang yang mengerjakan dan tidak berdosa jika ditinggalkannya.
Solat Sunnat boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu sunnat dikerjakan berjamaah dan tidak disunnatkan berjamaah.
1. Solat Sunnat Berjamaah Terdapat 7 Jenis iaitu:
a) Solat Hari Raya Aidilfitri
b) Solat Hari Raya Aidiladha.
c) Solat Sunnat Gerhana Matahari.
d) Solat Sunnat Gerhana Bulan.
e) Solat Sunnat Istisqa'
f) Solat Terawih.
g) Solat Witir.
2. Solat Sunnat Tidak Berjemaah
Terdapat 2 jenis iaitu:
a) Sunnat2 Rawatib - solat yang beriringan dengan solat2 fardhu.
b) Sunnat2 yang tidak terikat dengan solat - solat sunnat yang dilakukan oleh seseorang pada malam atau siang hari iaitu:
solat tahjud, solat dhuha, solat Tahiyyatul Masjid, Solat Taubat, Solat Tasbih, Solat Istikharah, Solat Wudhu, Solat Hajat dan lain-lain lagi.
Sekian, Walk The Talk
0 comments:
Post a Comment