Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua.
Hari ini admin nak berkongsi sedikit info mengenai Cara Hendak Delete Akaun Facebook bagi Orang yang telah meninggal dunia. Sila baca sedikit info di bawah yang mungkin dapat membantu anda semua :
"Kewujudan Facebook memberi impak yang baik kepada pengguna dimana
pelbagai faedah boleh diperolehi melalui Facebook seperti mencari balik
kawan lama, merapatkan hubungan kenalan yang jauh serta menjana
pendapatan melalui Facebook. Namun terdapat masalah yang sering dihadapi
oleh pengguna Facebook. Ianya apabila keluarga mereka telah menginggal
dunia dan tiada seorang pun dari keluarganya tahu kata laluan si mati.
Berikut adalah cara mendeleta akaun Facebook orang yang telah meninggal
dunia yang dikongsikan oleh blogger khairulzamri.com.

Mati atau meninggal dunia tidak akan menunggu sesaat dan waktu yang
sesuai sekalipun. Apabila telah tiba masanya kita tetap akan pergi jua
walaupun urusan dunia kita sangat banyak tidak selesai lagi kerana ini
satu ketentuan Illahi.
Saya doakan diri ini dan pembaca entri dan blog ini semoga
dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki – jangan takut bicara tentang
kematian.
“Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan…” – al-Anbiya’ 35
CARA DELETE AKAUN FACEBOOK ORANG TELAH MENINGGAL DUNIA
Facebook seperti entri dua tiga hari yang lalu saya telah kongsikan
bagaimana ia membina sebuah timeline atau lebih mudah bahasanya ialah
perjalanan kehidupan kita yang kita kongsikan di laman Facebook dengan
memuat naikkan status, foto dan video serta banyak lagi.
Tertanya-tanya juga bilakah kali hari-hari terakhir kita update Facebook?
Bukan bercakap seumpama diri ini sangat sempurna, tapi sebagai
manusia kita harus ambil pemikiran dan pentafsiran kita dari sudut
positif kenapa ada entri sedemikian.
Facebook telah menawarkan 2 pilihan kepada akaun mereka yang telah meninggal dunia iaitu:
- Pilihan untuk mengekalkan akaun tersebut sebagai peringatan kepada si mati
- Pilihan untuk memadamkan terus akaun si mati tersebut
Namun adalah sangat mustahil untuk Facebook memberikan kepada kita kata laluan dan emel akaun si mati walaupun kita sebagai keluarga paling dekat dengan si mati. Itu polisi mereka, kita tak mampu berbuat demikian.
Ramai yang ingin mengekalkan akaun si mati untuk peringatan namun
kita juga harus fikir keadaan beliau di alam sana, apakah yang ada timeline arwah itu membantu, menyenangkan atau mengganggu ketenteraman arwah/si mati?
DELETE AKAUN FACEBOOK
Saya ringkaskan dengan cara yang mudah agar membantu anda memahami secara jelas.
#Awas ini hanya contoh cara delete akaun – gambar adalah bukan contoh akaun si mati.
Pergi ke laman akaun si mati (profile).

Pergi ke bahagian > Setting > Report / Block

Pilih bahagian > Submit a Report dan tick Report *Nama Pemilik Akaun*

Pilih bahagian bawah sekali > Get help with other issues

Klik pada bahagian > How do I report a deceased person or an account that needs to be memorialized?

Teruskan klik pada bahagian > request the removal

Perhatian berikut adalah 3 perkara yang perlu anda sediakan dalam proses memadamkan akaun Facebook arwah.
Setelah sudah bersedia klik bahagian > contact us

Dan ini adalah borang untuk anda isi dalam proses terakhir bagi
memadamkan akaun si mati ini dengan bersertakan 3 bukti yang telah
dinyatakan dalam gambar di atas.
Semoga cara ini mampu membantu anda kelak. Insyallah.. hehe
Wassalam.
copy paste dari blog papankekunci77 & ooo.my
2 comments:
sangat bagus.alhamdulillah dh padam 2 akaun arwah. 1 lagi fb hadkan...esok2 saya akan cuba lagi.sgt membantu borang permohonan tu.
Masih terdapat akaun simati difb
Post a Comment