Lirik vs Video

10 Fobia Yang Biasa Dalam Kehidupan Manusia


Berikut adalah 10 fobia yang paling lazim dihadapi kebanyakan orang akhirnya membawa kepada gejala seperti pening, mual, berpeluh dan sesak nafas.
Dalam sesetengah kes, gejala ini memuncak ke serangan panik besar-besaran. Fobia berkenaan biasanya membabitkan alam sekitar, haiwan, atau situasi tertentu.

1. ARACHNOPHOBIA: TAKUT LABAH-LABAH]
Fobia ini biasanya berlaku dalam kalangan wanita lebih daripada lelaki.

2. OPIDIOPHOBIA: TAKUT ULAR
Sering dikaitkan dengan punca evolusi, pengalaman peribadi atau pengaruh budaya.

3. ACROPHOBIA:l TAKUT KETINGGIAN
Boleh membawa kepada serangan kebimbangan dan mengelakkan berada di tempat yang tinggi.

4. AGORAPHOBIA: TAKUT SITUASI YANG MANA MEREKA MERASAKAN SUKAR UNTUK MELARIKAN DIRI
Termasuk ketika berada di kawasan sesak, kawasan lapang atau situasi yang mungkin boleh mencetuskan panik-berebut naik bas atau membeli tiket. Mereka yang mengalami fobia ini selalunya akan mengelak diri dari kawasan sedemikian dan kadang kala lebih suka tidak duduk di rumah. kira-kira satu pertiga mereka mengalami gangguan panik adalah agoraphobia.

5. CYNOPHOBIA: TAKUT ANJING
Fobia ini sering dikaitkan dengan pengalaman peribadi tertentu seperti digigit oleh anjing ketika kanak-kanak.

6. ASTRAPHOBIA: TAKUT GURUH DAN PENCERAH
Juga dikenali Brontophobia, Tonitrophobia atau Ceraunophobia.

7. TRYPANOPHOBIA: TAKUT SUNTIKAN
Seperti kebanyakan lain, fobia jenis ini menyebabkan mereka yang mengalaminya mengelak diri mengunjungi hospital atau klinik walaupun sakit atau memerlukan rawatan.

8. FOBIA SOSIAL: TAKUT SITUASI SOSIAL
Dalam banyak kes, fobia ini boleh menjadi serius bahawa orang mengelak peristiwa, tempat dan orang-orang yang mungkin mencetuskan serangan kebimbangan.

9. PTEROMERHANOPHOBIA: TAKUT TERBANG
Kebiasaannya mereka yang fobia ini akan diberi terapi pendedaham di mana mereka secara beransur-ansur dan progresif didedahkan situasi penerbangan.

10. MYSOPHOBIA: TAKUT KUMAN ATAU KOTORAN
Mungkin berkaitan dengan gangguan obsesif-kompulsif. Juga dikaitkan dengan masalah mental atau serinmg mengelak diri daripada bersentuhan dengan orang lain.

Sumber: Berita Harian

23 Tanda Seseorang Lelaki Itu Setia Pada Cinta




1.Dia bersungguh2 melakukan sesuatu untuk kekasihnya dengan rela bukan kerana terpaksa.

2.Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yang kuat bercakap.

3.Dia banyak menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya.

4.Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap2.

5.Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.

6.Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.

7.Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dengan kekasihnya.

8.Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.

9.Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari orang lain.

10.Dia menjadi orang yang paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.

11.Dia pandai merajuk hati kerana ingin dipujuk oleh kekasihnya.

12.Dia akan mengelabah apabila kekasihnya berjauhan daripanya terlalu lama.

13.Dia sentiasa mempastikan keselamatan kekasihnya.

14.Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.

15.Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana dia merasa kasihnya lebih kuat daripada kekasihnya.

16.Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.

17.Dia cuba meluangkan lebih banyak masa dengan kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dengan sabar.

18.Dia membanggakan kekasihnya di depan org lain.

19.Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun,

20.Dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.

21.Apabila timbul org ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.

22.Dia menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.

23.Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.

ini sekadar pendapat dan berkongsi info. banyak lagi tanda-tanda lain yang mungkin masuk akal bila kita fikirkan secara logik. Namun, tidak ramai lelaki sanggup menitiskan air mata demi seorang wanita yang disayanginya.
hehe..betul tak?

Sumber: Hannsays

Bomba Vs Polis


Kejadian ini merupakan kejadian sebenar yang telah berlaku tetapi saya tidak pasti bila. cuma nak share dengan kawan-kawan.

Kejadian ini berlaku di Belgium dimana pihak bomba melakukan protes dihadapan pejabat perdana menteri.Mereka menggunakan hos air kuasa tinggi bagi menentang polis yang membuat kawalan dihadapan pejabat tersebut.Protes ini dilakukan berikutan pihak kerajaan menaikkan umur pencen mereka dari umur 58 ke 67 tahun.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel PiLihan Saya