Perodua Axia - Harga dari RM24,900

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia

Hari ini admin nak kongsikan serba sedikit info mengenai Perodua Axia. Perodua Axia merupakan salah satu model baru Perodua yang diperkenalkan pada 15 Ogos 2014 dan dilihat lebih berfokus terhadap penjimatan tenaga dengan harga ditawarkan bermula sekitar RM24,900.

Perodua Axia akan hadir dalam empat variasi berbeza, iaitu Standard E, Standard G, Axia Special Edition dan juga Axia Advance. Harga asas ini akan digunakan pada model Standard E, dan model lain akan membawakan penambahan harga yang selari dengan apa yang ditawarkan. 

Kenderaan ini juga, bakal menawarkan ruangan boot belakang seluas 260 liter. Model kenderaan ini juga merupakan model pertama EEV daripada Perodua, yang mana dikatakan menggunakan petrol sekitar 21.6km/l. Perodua Axia [disebut azeea] dikatakan merupakan gabungan perkataan “Asia” dan huruf “S” digantikan dengan “X” yang menandakan ia merupakan model ke-sepuluh daripada Perodua.

HARGA PERODUA AXIA DI PASARAN
Standard E (1.0 E manual) – RM24,900 (solid), RM25,300 (metallic)
Standard G (1.0 G manual) – RM32,800 (solid), RM33,200 (metallic)
Standard G (1.0 G automatic) – RM34,800 (solid), RM35,200 (metallic)
Special Edition (1.0 SE manual) – RM37,900 (solid), RM38,300 (metallic)
Special Edition (1.0 SE automatic) – RM 40,900 (solid), RM41,300 (metallic)
Advance (1.0 AV automatic) – RM44,900 (solid), RM45,300 (metallic)


Gambar Proton Axia

Spesifikasi Axia



0 comments:

Artikel PiLihan Saya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...