10 Perkara Lelaki Perlu Tahu Mengenai Wanita


1. SENSITIF- bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian. Apabila seseorang wanita menyatakan dia sedang bersedih tetapi tidak menitiskan air mata, itu bermakna dia sedang menangis dalam hati.

2. CEREWET- bukan bermaksud "fussy" tidak tentu hala, kadang kala ingin lelaki mengikut kata-katanya sekali sekala. Ikutkan saja kemahuan mereka selagi mampu tetapi jangan mengeluh tidak tentu pasal, ini boleh memburukkan lagi keadaan.

3. HALUS- Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah tercarik dan koyak. Walaupun seseorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab kesalahan, lazimnya wanita akan ingat kesalahan itu untuk disimpan jadi pengajaran bukan dendam.

4. IKHLAS- ikhlas seorang wanita tidak perlu diragui. Semua wanita mahukan seseorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati dan lelali juga perlu mencintai wanita.

5. PERASAAN- Wanita suka jika sesekali orang yang disayangi membuat kejutan dengan memberi hadiah, bunga atau sekadar kad ucapan romantis. Mereka akan rasa terharu dan berasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini, dia tidak akan ragu-ragu terhadap kamu.

6. PRIHATIN- Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam. Wanita juga mudah jatuh hati pada lelaki yang prihatin dengan mengambil berat mengenai mereka dan baik terhadapnya.

7. MANJA- Walaupun dia adalah seorang wanita yang pandai berdikari, naluri mereka masihlagi tetap seseorang wanita. Suka bermanja bukan hanya kepada insan yang bernama lelaki, namun juga dengan orang lain seperti sahabat dan keluarga.

8. EGO- Wanita yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi egonya apabila bersemuka dengan yang dicintai. Apabila lelaki yang disukai merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

9. CINTA- Cinta pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus. Apabila lelaki yang dicintainya kali pertama dalam diam memberikan tindak balas positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat. Namun selepas gagang telefon diletakkan, dia akan menjerit kesukaan dan tidak sampai sepuluh minit, semua rakan-rakannya akan tahu berita itu.

10. SEKS- Seks bukanlah segala-galanya buat wanita kerana wanita diciptakan dengan sembilan nafsu dan satu akal. Mereka mempunyai nafsu yang banyak dan tidak tertumpu pada satu saja. Lelaki pula dijadikan dengan sembilan akal dan satu nafsu. Fungsi sebenar lelaki ialah membimbing wanita dan bukan menghanyutkannya.

Sumber: Berita Harian

0 comments:

Artikel PiLihan Saya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...