Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts

Maketransformation - Lawak Semakin Menjadi-Jadi

Asalamualaikum dan Salam 1 Malaysia


Hari ini admin nak kongsikan satu tabiat atau fenomena baru #maketransformation yang semakin menjadi-jadi sekarang. Bila admin lihat gambar-gambar yang dikongsikan macam-macam kerenah boleh dilihat, ada yang boleh buat admin ketawa, pelik dan kagum pun ada.

Berikut beberapa gambar admin kongsikan.


Kepada yang nak mencuba sendiri boleh download application ini di GooglePlay

Sumber: Veooz.com, Twitter.com, Google

Perodua Axia - Harga dari RM24,900

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia

Hari ini admin nak kongsikan serba sedikit info mengenai Perodua Axia. Perodua Axia merupakan salah satu model baru Perodua yang diperkenalkan pada 15 Ogos 2014 dan dilihat lebih berfokus terhadap penjimatan tenaga dengan harga ditawarkan bermula sekitar RM24,900.

Perodua Axia akan hadir dalam empat variasi berbeza, iaitu Standard E, Standard G, Axia Special Edition dan juga Axia Advance. Harga asas ini akan digunakan pada model Standard E, dan model lain akan membawakan penambahan harga yang selari dengan apa yang ditawarkan. 

Kenderaan ini juga, bakal menawarkan ruangan boot belakang seluas 260 liter. Model kenderaan ini juga merupakan model pertama EEV daripada Perodua, yang mana dikatakan menggunakan petrol sekitar 21.6km/l. Perodua Axia [disebut azeea] dikatakan merupakan gabungan perkataan “Asia” dan huruf “S” digantikan dengan “X” yang menandakan ia merupakan model ke-sepuluh daripada Perodua.

HARGA PERODUA AXIA DI PASARAN
Standard E (1.0 E manual) – RM24,900 (solid), RM25,300 (metallic)
Standard G (1.0 G manual) – RM32,800 (solid), RM33,200 (metallic)
Standard G (1.0 G automatic) – RM34,800 (solid), RM35,200 (metallic)
Special Edition (1.0 SE manual) – RM37,900 (solid), RM38,300 (metallic)
Special Edition (1.0 SE automatic) – RM 40,900 (solid), RM41,300 (metallic)
Advance (1.0 AV automatic) – RM44,900 (solid), RM45,300 (metallic)


Gambar Proton Axia

Spesifikasi Axia



Penipuan Mesin ATM Genting Highlands

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia

Hari ini admin nak kongsikan teknik penipuan di Mesin ATM yang mungkin kita tidak tahu. Teknik ini mungkin sangat "Celik" sehingga sesiapa pun tidak menyedarinya. Baca petikan berikut untuk maklumat lanjut.

Kedudukan Peranti Khas

Bagi memenuhi permintaan anda, gambar tertera adalah menunjukkan kedudukan peranti khas yang dipasang penjenayah pada mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di Genting Highlands yang dikesan baru baru ini.

‘Skimming device’ dipasang dengan memuatkannya pada slot kad menyerupai bentuk asal.
Alat ini bertindak menyalin data kad bank pengguna apabila kad dimasukkan.
Dalam masa yang sama, peranti dipercayai CCTV yang dipasang di bahagian atas mesin akan merakam nombor pin kad bank seterusnya wang dalam akaun mangsa akan dicuri sebaik sahaja kad ATM dipalsukan.
Walaupun pihak polis percaya penjenayah menyasarkan kegiatan mereka di pusat-pusat peranginan atau percutian, namun orang ramai diminta sentiasa berwaspada ketika berurusan di kiosk ATM terutama yang terletak di bahagian luar bank.

Lapor segera kepada pihak bank atau polis sekiranya terkesan alat mencurigakan di persekitaran. – Polis Pahang
Sumber:
mynewhub.my
CariGold

Perhatian!! Teknik Terbaru Scammer - Tipu guna Slip Maybank

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia

Hari ini admin nak kongsikan teknik Scam yang terbaru iaitu dengan menipu Slip Maybank. Teknik ini merupakan teknik terbaru yang semakin berleluasa iaitu menaip semula Slip Maybank. Ikuti kisah yang admin kongsikan:

Assalam...aku buka thread ni sbb nk kongsi kt korang cite ari ni 9/8/2014.aku jual henpon lenovo S850 set baru...hrga RM680 siap flip case ngn screen protector matte.Ada sorg ni penipu ni nama sharul yusof..dah bank in,siap send gmbr slip maybank tu dia bank in.untuk pgetahuan korg,dia di LD..aku di KK.So,aku pelik la...slip dh ada kt tgn dia,tp duit xmasuk lagi bile aku chek kt Maybank2u.so, aku pn chek la sendiri,masuk kan duit RM50 kt akaun mybnk pastu tgk kt M2U mmg masuk duit.Jadi aku syak penipuan telah berlaku...aku cal bank tnya,rupa2nya skrg ni byk kes penipuan slip DITAIP DAN DI PRINTKAN oleh SCAMMER.Aku call je trus xagkt..Syukurlah aku tak terkena..jadi korg seller dari sabah dan seluruh malaysia dalam warga CG ni hati2 la berniaga..Berikut aku selitkan wassap aku ngn dia
Nama scammer: Sharul Yusof, No telefon: 0143546135

Bukti Screenshot Whatsapp

 

Perbezaan Slip Asal dan Palsu

Slip Original/Asal Maybank
Slip Tipu/Edit 

p/s: Hati-hati dengan pembelian/penjualan secara online. Pastikan pembayaran yang dibuat pembeli itu betul dahulu.

Sumber: CariGold.com

Perhatian Spy Camera ditemui di Tandas Resort Melaka

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia

Hari ini admin nak kongsikan satu perkara yang mungkin kita tidak tahu atau tidak ambil kisah iaitu mengenai kamera intip / skodeng.

Seorang wanita berbangsa Cina jika tidak salah admin. Wanita ini  mendakwa, dia dan kawannya menjumpai satu camera skodeng  di dalam tandas resort a Farmosa. Sedikit info yg ditulis dan dipost bersama gambar berbunyi:
"Found this spy cam inside the toilet at famous resort in melaka. Since the villa's management don't want to take any responsible on it, we decide to share it out. Pls beware when u decide to stay at this resort and double check when u check in! Share it and let more ppl know about this!!!"
 
 
 

Sumber:
Facebook
CariGold.com

Skim MyHome Rumah Pertama (Mampu Milik)

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia,

Hari ini admin nak berkongsi mengenai Skim MyHome Rumah Pertama (Mampu Milik) dimana pihak kerajaan telah memberi peluang kepada rakyat untuk memiliki sebuah rumah mampu milik sendiri.


Akhirnya dalam pada usaha pihak kerajaan Malaysia mahu membendung ledakan kenaikan harga rumah dan ketidakmampuan rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah beli rumah pertama, kerajaan tawarkan bantuan beli rumah pertama yang berbentuk bantuan subsidi RM30,000 kepada anda, anda yang layak.
Sedikit pengenalan mengenai Skim MyHome Rumah Pertma (Mampu Milik):

  1. Dikenali sebagai Skim Perumahan Mampu Milik Swasta atau MyHone
  2. Program & skim MyHome merupakan sebuah lagi projek perumahan yang telah diluluskan mulai 1 Januari 2014 Peruntukan sebanyak RM300 juta di bawah seliaan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
  3. Antara objektif atau matlamat utama skim MyHom, membantu rakyat memiliki kediaman sendiri dengan kos rendah dan sederhana.
  4. Program & Skim Myhome ini turut menawarkan bantuan beli rumah (subsidi) sehingga maksimum RM30,000 untuk setiap unit rumah kepada individu yang layak.
  5. Kerajaan akan membantu mereka yang layak membeli rumah pada harga rumah kos rendah dan perbezaan baki harga akan dibayar kerajaan kepada pemaju berkenaan.
  6. Terhad kepada 10,000 unit rumah sahaja
Syarat Kelayakan:
  1. Warganegara Malaysia
  2. Terbuka kepada pembeli rumah pertama
  3. Pendapatan bulanan isi rumah maksimum RM3,000 bagi kos rendah
  4. Pendapatan bulanan isi rumah maksimum RM6,000 bagi kos sederhana

Contoh Pembayaran Subsidi:
  1. Subsidi beli rumah pertama ini akan diberikan kepada pemohon yang layak untuk membeli pada harga rumah kos rendah mengikut definisi yang ditetapkan kerajaan negeri.
  2. Jumlah maksimum subsidi adalah RM30,000
  3. Misalnya kalau kerajaan negeri menetapkan rumah kos rendah pada harga RM40,000, sedangkan pemaju terpaksa menjual rumah pada harga RM70,000, maka kalau pemaju dan pembeli berkenaan layak untuk mengambil bahagian dalam skim ini, maka rumah RM70,000 akan dijual pada harga RM40,000, dan baki RM30,000 dibayar kerajaan.
Cara & Daftar Skim MyHome Rumah Pertama (Mampu Milik)
  • Orang ramai boleh memohon kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk mendapatkan borang permohonan bantuan Skim MyHome bermula pada 1 April 2014.
  • Daftar Borang Permohonan secara online Skim MyHome tidak disediakan.



Sumber: BeritaSemasa


12 Gambar Tempat Pelik dan Menarik Google Earth

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,


Hari ini admin nak berkongsi beberapa gambar pelik dan menarik yang boleh kita lihat melalui Google Earth atau Google Maps. Gambar-gambar ini boleh dilihat dengan jelas melalui carian Google Earth atau Google Maps. Berikut admin kongsikan beberapa gambar untuk dilihat:

Hippo Pool
6°53’53.00″ S 31°11’15.40″ E
Katavi National Park, Tanzania



Airplane Boneyard
32 08’59.96″ N, 110 50’09.03″W
Tucson, Arizona.


Mysterious Desert Pattern
27°22’50.10″N, 33°37’54.62″E
Red Sea Governorate, Egypt


Giant Triangle
33.747252, -112.633853
Wittmann, Arizona, USA.


Shipwrecked SS Ayrfield with Trees
-33.836379, 151.080506
Homebush Bay, Sydney, Australia
The Badlands Guardian
50° 0’38.20″N 110° 6’48.32″W
Walsh, Alberta, Canada
Parking Lot for Fighter Jets
33.927911, -118.38069
El Segundo, California, USA.


Strange Symbol
37.401573, -116.867808
Nevada, USA


Monkey Face
65.476721, -173.511416
Russia.


1:20 Scale Model of Disputed Border Region
between India and China
38.265652, 105.9517
Yong Ning Xian, Yinchuan, Ningxia, China.


Big Friendly Giant
19°56’56.96″S 69°38’1.83″W
Huara, Tarapacá, Chile.


Oil Fields
37°39’16.06″S 68°10’16.42″W
Rio Negro, Argentina.


Sumber: CariGold.com       

Password Anda Selamat Atau Tidak

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Selalunya kita mendengar menggunakan Password yang panjang dan tidak mudah diteka adalah penting untuk keselamatan. Ya, kerana semakin panjang password yang kita gunakan, maka semakin lama masa yang diperlukan hacker untuk crack password tersebut.

Dengan teknologi CPU dan GPU (mungkin ramai yang tidak tahu grafik kad anda lebih power daripda CPU dalam melakukan calculation) yang semakin canggih, semakin sedikit masa yang diperlukan untuk crack password.

Itu kalau komputer biasa, bayangkan pula supercomputer yang ada di sesetengah negara, lagi la sedikit masa yang diperlukan.

Admin nak kongsikan satu website yang amat berguna untuk kita semak berapa selamatkah password yang kita gunakan. Di situ ada diterangkan berapa lama masa yang diperlukan untuk crack password kita dan juga sebab kenapa ianya tidak selamat @ selamat.

Anda boleh lihat link di bawah:

https://howsecureismypassword.net/


Sumber:
BudakBotak
CariGold.com

Artikel PiLihan Saya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...