Hari ini admin nak kongsikan satu tabiat atau fenomena baru #maketransformation yang semakin menjadi-jadi sekarang. Bila admin lihat gambar-gambar yang dikongsikan macam-macam kerenah boleh dilihat, ada yang boleh buat admin ketawa, pelik dan kagum pun ada.
Berikut beberapa gambar admin kongsikan.
Kepada yang nak mencuba sendiri boleh download application ini di GooglePlay
Hari ini admin nak kongsikan serba sedikit info mengenai Perodua Axia. Perodua Axia merupakan salah satu model baru Perodua yang diperkenalkan pada 15 Ogos 2014 dan dilihat lebih berfokus terhadap penjimatan tenaga dengan harga ditawarkan bermula sekitar RM24,900.
Perodua Axia akan hadir dalam empat variasi berbeza, iaitu Standard E, Standard G, Axia Special Edition dan juga Axia Advance. Harga asas ini akan digunakan pada model Standard E, dan model lain akan membawakan penambahan harga yang selari dengan apa yang ditawarkan.
Kenderaan ini juga, bakal menawarkan ruangan boot belakang seluas 260 liter. Model kenderaan ini juga merupakan model pertama EEV daripada Perodua, yang mana dikatakan menggunakan petrol sekitar 21.6km/l. Perodua Axia [disebut azeea] dikatakan merupakan gabungan perkataan “Asia” dan huruf “S” digantikan dengan “X” yang menandakan ia merupakan model ke-sepuluh daripada Perodua.
HARGA PERODUA AXIA DI PASARAN
Standard E (1.0 E manual) – RM24,900 (solid), RM25,300 (metallic)
Standard G (1.0 G manual) – RM32,800 (solid), RM33,200 (metallic)
Standard G (1.0 G automatic) – RM34,800 (solid), RM35,200 (metallic)
Special Edition (1.0 SE manual) – RM37,900 (solid), RM38,300 (metallic)
Special Edition (1.0 SE automatic) – RM 40,900 (solid), RM41,300 (metallic)
Advance (1.0 AV automatic) – RM44,900 (solid), RM45,300 (metallic)
Hari ini admin nak kongsikan teknik penipuan di Mesin ATM yang mungkin kita tidak tahu. Teknik ini mungkin sangat "Celik" sehingga sesiapa pun tidak menyedarinya. Baca petikan berikut untuk maklumat lanjut.
Kedudukan Peranti Khas
Bagi memenuhi permintaan anda, gambar tertera adalah menunjukkan
kedudukan peranti khas yang dipasang penjenayah pada mesin pengeluaran
wang automatik (ATM) di Genting Highlands yang dikesan baru baru ini.
‘Skimming device’ dipasang dengan memuatkannya pada slot kad menyerupai bentuk asal.
Alat ini bertindak menyalin data kad bank pengguna apabila kad dimasukkan.
Dalam masa yang sama, peranti dipercayai CCTV yang dipasang di
bahagian atas mesin akan merakam nombor pin kad bank seterusnya wang
dalam akaun mangsa akan dicuri sebaik sahaja kad ATM dipalsukan.
Walaupun pihak polis percaya penjenayah menyasarkan kegiatan mereka
di pusat-pusat peranginan atau percutian, namun orang ramai diminta
sentiasa berwaspada ketika berurusan di kiosk ATM terutama yang terletak
di bahagian luar bank.
Lapor segera kepada pihak bank atau polis sekiranya terkesan alat mencurigakan di persekitaran. – Polis Pahang
Hari ini admin nak kongsikan teknik Scam yang terbaru iaitu dengan menipu Slip Maybank. Teknik ini merupakan teknik terbaru yang semakin berleluasa iaitu menaip semula Slip Maybank. Ikuti kisah yang admin kongsikan:
Assalam...aku buka thread ni sbb nk kongsi kt korang cite ari ni
9/8/2014.aku jual henpon lenovo S850 set baru...hrga RM680 siap flip
case ngn screen protector matte.Ada sorg ni penipu ni nama sharul
yusof..dah bank in,siap send gmbr slip maybank tu dia bank in.untuk
pgetahuan korg,dia di LD..aku di KK.So,aku pelik la...slip dh ada kt tgn
dia,tp duit xmasuk lagi bile aku chek kt Maybank2u.so, aku pn chek la
sendiri,masuk kan duit RM50 kt akaun mybnk pastu tgk kt M2U mmg masuk
duit.Jadi aku syak penipuan telah berlaku...aku cal bank tnya,rupa2nya
skrg ni byk kes penipuan slip DITAIP DAN DI PRINTKAN oleh SCAMMER.Aku
call je trus xagkt..Syukurlah aku tak terkena..jadi korg seller dari
sabah dan seluruh malaysia dalam warga CG ni hati2 la berniaga..Berikut
aku selitkan wassap aku ngn dia
Nama scammer: Sharul Yusof, No telefon: 0143546135
Bukti Screenshot Whatsapp
Perbezaan Slip Asal dan Palsu
Slip Original/Asal Maybank
Slip Tipu/Edit
p/s: Hati-hati dengan pembelian/penjualan secara online. Pastikan pembayaran yang dibuat pembeli itu betul dahulu.
Hari ini admin nak kongsikan satu perkara yang mungkin kita tidak tahu atau tidak ambil kisah iaitu mengenai kamera intip / skodeng.
Seorang wanita berbangsa Cina jika tidak salah admin. Wanita ini mendakwa, dia dan kawannya menjumpai satu camera skodeng di dalam tandas
resort a Farmosa. Sedikit info yg ditulis dan dipost bersama
gambar berbunyi:
"Found this spy cam inside the toilet at famous resort
in melaka. Since the villa's management don't want to take any
responsible on it, we decide to share it out. Pls beware when u decide
to stay at this resort and double check when u check in! Share it and
let more ppl know about this!!!"
Selalunya kita mendengar menggunakan Password yang panjang dan tidak mudah diteka adalah penting untuk keselamatan. Ya, kerana semakin
panjang password yang kita gunakan, maka semakin lama masa yang
diperlukan hacker untuk crack password tersebut.
Dengan teknologi CPU dan GPU (mungkin ramai yang tidak tahu grafik kad
anda lebih power daripda CPU dalam melakukan calculation) yang semakin
canggih, semakin sedikit masa yang diperlukan untuk crack password.
Itu kalau komputer biasa, bayangkan pula supercomputer yang ada di sesetengah negara, lagi la sedikit masa yang diperlukan.
Admin nak kongsikan satu website yang amat berguna untuk kita semak berapa
selamatkah password yang kita gunakan. Di situ ada diterangkan berapa
lama masa yang diperlukan untuk crack password kita dan juga sebab
kenapa ianya tidak selamat @ selamat.
Hari ini admin nak berkongsi sedikit info mengenai Cara Hendak Delete Akaun Facebook bagi Orang yang telah meninggal dunia. Sila baca sedikit info di bawah yang mungkin dapat membantu anda semua :
"Kewujudan Facebook memberi impak yang baik kepada pengguna dimana
pelbagai faedah boleh diperolehi melalui Facebook seperti mencari balik
kawan lama, merapatkan hubungan kenalan yang jauh serta menjana
pendapatan melalui Facebook. Namun terdapat masalah yang sering dihadapi
oleh pengguna Facebook. Ianya apabila keluarga mereka telah menginggal
dunia dan tiada seorang pun dari keluarganya tahu kata laluan si mati.
Berikut adalah cara mendeleta akaun Facebook orang yang telah meninggal
dunia yang dikongsikan oleh blogger khairulzamri.com.
Mati atau meninggal dunia tidak akan menunggu sesaat dan waktu yang
sesuai sekalipun. Apabila telah tiba masanya kita tetap akan pergi jua
walaupun urusan dunia kita sangat banyak tidak selesai lagi kerana ini
satu ketentuan Illahi.
Saya doakan diri ini dan pembaca entri dan blog ini semoga
dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki – jangan takut bicara tentang
kematian.
“Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu
dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan (yang
sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan…” –
al-Anbiya’ 35
CARA DELETE AKAUN FACEBOOK ORANG TELAH MENINGGAL DUNIA
Facebook seperti entri dua tiga hari yang lalu saya telah kongsikan
bagaimana ia membina sebuah timeline atau lebih mudah bahasanya ialah
perjalanan kehidupan kita yang kita kongsikan di laman Facebook dengan
memuat naikkan status, foto dan video serta banyak lagi.
Tertanya-tanya juga bilakah kali hari-hari terakhir kita update Facebook?
Bukan bercakap seumpama diri ini sangat sempurna, tapi sebagai
manusia kita harus ambil pemikiran dan pentafsiran kita dari sudut
positif kenapa ada entri sedemikian.
Facebook telah menawarkan 2 pilihan kepada akaun mereka yang telah meninggal dunia iaitu:
Pilihan untuk mengekalkan akaun tersebut sebagai peringatan kepada si mati
Pilihan untuk memadamkan terus akaun si mati tersebut
Namun adalah sangat mustahil untuk Facebook memberikan kepada kita kata laluan dan emel akaun si mati walaupun kita sebagai keluarga paling dekat dengan si mati. Itu polisi mereka, kita tak mampu berbuat demikian.
Ramai yang ingin mengekalkan akaun si mati untuk peringatan namun
kita juga harus fikir keadaan beliau di alam sana, apakah yang ada timeline arwah itu membantu, menyenangkan atau mengganggu ketenteraman arwah/si mati?
DELETE AKAUN FACEBOOK
Saya ringkaskan dengan cara yang mudah agar membantu anda memahami secara jelas.
#Awas ini hanya contoh cara delete akaun – gambar adalah bukan contoh akaun si mati.
Pergi ke laman akaun si mati (profile).
Pergi ke bahagian > Setting > Report / Block
Pilih bahagian > Submit a Report dan tick Report *Nama Pemilik Akaun*
Pilih bahagian bawah sekali > Get help with other issues
Klik pada bahagian > How do I report a deceased person or an account that needs to be memorialized?
Teruskan klik pada bahagian > request the removal
Perhatian berikut adalah 3 perkara yang perlu anda sediakan dalam proses memadamkan akaun Facebook arwah.
Setelah sudah bersedia klik bahagian > contact us
Dan ini adalah borang untuk anda isi dalam proses terakhir bagi
memadamkan akaun si mati ini dengan bersertakan 3 bukti yang telah
dinyatakan dalam gambar di atas.
Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia buat semua,
Unifi
Hari ini admin nak kongsi satu kisah yang admin jumpa di laman sosial iaitu mengenai Hutang Unifi sebanyak RM3800. Sebenarnya bukan kes kena bayar hutang tetapi hampir kena tipu oleh golongan Scam Profesional yang bergiat aktif menipu orang pada masa sekarang. Cuba rakan-rakan baca aktikel/petikan yang admin copy & paste di bawah ini.
[Semalam punya kes]
2 akaun bank terpaksa dibekukan,hampir terpedaya semalam dengan "Hutang
Unifi" rm3800 dan kes dibawa ke "Bank Negara" untuk tindakan
undang-undang.
Semalam dapat panggilan telefon "+1300881222"
kata ada tertunggak unifi selama 3bulan,uitttss!!bila masa register
unifi..call balik no tadi dan "pegawai" tu bacakan maklumat detail Nama
Penuh,Nombor IC dan No.tel Telekom yang register untuk unifi,dia dengan
niat nak "membantu" sarankan aku telefon "Bank Negara" untuk siasatan
lanjut.
03-27885046/03-27885038
- Nombor bank negara dia bagi,sebijik sama sistem layan diri Bank
Negara sediakan,aku pun pilih nak cakap dengan pegawai..pegawai tu pun
mulakan siasatan minta detail aku,cuma kad bank yang 3 digit tu memang
tak akan bagi,belajar dari pengalaman..maybank dah pesan jangan bagi
sape2.
Pegawai tu siap tanya ada berapa akaun bank? ada berapa
kat dalam tu? pelik jer soalan ni!tak pe la mungkin dia nak bantu..so
bagitahu jelah,dia cakap akan telefon lagi sejam, kes akan dihantar ke
mahkamah,dalam masa 3 hari tak dibenarkan buat transaksi dan jangan
bagitahu sape2 dalam masa siasatan.
Sementara tunggu sejam
tu,aku cuba call TM dan Bank Negara,tapi respon tak baik sebab hari
minggu..Bank Negara tak operasi hari AHAD!mula ragu,biar betul diorang
ni..pakej unifi paling mahal pun baru berapa?tak kan sampai rm3800 untuk
3 bulan?aku cuba call balik no. tadi dan menyamar seolah orang salah
nombor..tiba2 dengar suara gaya indon,dan kurang sopan cara
cakap!!SAH!PENIPU!JAHANAM!~
Ya
Allah rupanya sudah ramai yang tertipu dengan sindiket haram ni,terus
call maybank dan cimb untuk bekukan akaun.Syukur,diberi petunjuk sebelum
terkena.
Pesan saya untuk semua,hati-hati dengan nombor ni -
+1300881222 ( hampir sama dengan nombor unifi,cuma ada tanda "+",nombor
sebenar unifi tak ada simbol "+")
03-27885046/03-27885038 - no talian Bank Negara PENIPU!!
Sila Share/kongsi jika anda prihatin.
p/s: harap tak ada yang jadi mangsa lagi.
Admin just share untuk kepentingan dan keselamatan orang lain.
Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.
Seperti yang kita semua sedia maklum, KL Gengster 2 yang menelan kos RM4.5 juta bakal ditayangkan pada 3 Oktober nanti telah bocor di internet dan media sosial yang lain akibat pihak yang tidak bertanggungjawab. Disebabkan perkara tersebut Datuk Yusof Haslam telah mengadakan sidang media khas tergempar bagi menyatakan pendirian beliau.
Berikut adalah petikan akhbar yang admin kongsi:
Datuk Yusof Haslam
Bocor: 'Saya akan saman berjuta ringgit!'
“SAYA akan saman berjuta ringgit!”. Demikian reaksi pengarah dan
penerbit terkenal, Datuk Yusof Haslam berhubung kontroversi terbaru
melibatkan filem arahan terbaru anak lelakinya, Syamsul Yusof, KL
Gangster 2.
Filem sekuel yang menelan kos RM 4.5 juta itu dikhabarkan bocor di Internet sedangkan masih belum ditayangkan di pawagam.
Ekoran insiden tersebut, beliau mengadakan sidang media khas tergempar, semalam.
Dalam sidang media itu, jelas kekecewaan daripada pihaknya meskipun
yang tersebar hanyalah 'raw material' yang belum diberi sentuhan akhir.
“Dari awal lagi saya dah rasa. Syamsul di Bangkok lagi sudah beritahu
saya, ‘pastikan ya Papa, sekarang ini zaman digital, jangan sampai kita
bocor di mana-mana. Habis kita nanti.’
“Sebab dah terlalu lewat, saya bagi Syamsul 'dateline' dan dia
menghantar 'raw material' untuk filem itu, yang hanya 50 peratus
kualitinya daripada segi kandungan, kesan dan CGI serta belum dibuat
'final mix' dan sebagainya,” katanya pada sidang media.
Filem yang tersebar luas itu dikatakan bukan dalam format berdefinisi tinggi.
“Dia kata hantar saja ke Lembaga Penapisan Filem (LPF)' dan Finas untuk
penilaian wajib tayang memandangkan berpuluh filem menanti. Kalau tak,
tayang 2014. Selama ini, kita hantar filem yang 100 peratus dari segi
kualitinya.
“Tapi entah kenapa. Ada hikmah juga. Bayangkan kalau kita hantar 'Full
HD' kepada syarat wajib tayang...LPF. Bayangkan apa yang terjadi.
Sedangkan yang kualiti 50 peratus ini saja, besar kesannya terhadap
kami,” katanya.
Akui tidak akan berkompromi dengan pelaku yang menyebarkan karya
anaknya itu, Yusof Haslam memberi amaran bakal mengambil tindakan
tegas.
“Pejuangan kami tidak berhenti di sini. kepada mereka-mereka yang nak
sabotaj kami, kami tak akan berdiam diri. Kalau kamu menggunakan
Internet untuk mencetak rompak, pihak polis juga ada cara untuk
mengesan.
“Kami akan bawa orang ini (pelaku) ke muka pengadilan. Bukan dengan
denda setakat RM 1,000 tapi saya akan saman jutaan ringgit. Ini yang
saya akan buat. Ini bukan perkara main-main.
“Filem ini melibatkan kos yang cukup besar. Walaupun kami buat filem
dengan RM 100,000 modal sekalipun, itu adalah titik peluh kami, karya
kami. Apabila karya kami dicuri, tidak ada kompromi,” katanya.
Tidak berhasrat untuk mempercepatkan tayangan KL Gangster 2, Yusof tidak mahu bersikap mementingkan diri.
“Tayangan filem ini tetap 3 Oktober. Saya disarankan untuk mempercepatkan tayangannya tapi saya tak nak.
“Saya boleh buat kalau fikir kepentingan diri sendiri tapi sebagai
pembikin filem, saya menghormati rakan-rakan produser lain. Saya tak
tergamaknya nak pijak kepala produser lain,” katanya.
Dalam pada itu, beliau menyerahkan soal sambutan dan kutipan kepada rezeki Allah.
“Insya-ALLAH ada rezeki, filem ini akan tetap dapat sambutan. Berapa nak kutip itu soal rezeki dari ALLAH,” katanya.
Sumber: SinarHarian JanaSampingan
P/s: Admin difahamkan yang download punya version tu tak 100% siap la. Mesti akan ada kelainan sikit untuk wayang punya version.
hehe
Hari ini admin nak share sedikit mengenai kesan kenaikan Harga Minyak baru-baru ni. Salah satu kesannya boleh dilihat melalui petikan akhbar dibawah. Sekali harga minyak naik, harga barang pasti naik juga. Admin bukan nak bangkang atau menyokong tetapi admin sendiri pun terasa juga bahang kenaikan harga minyak. hehe.
Berikut adalah petikan akhbar:
GEORGE TOWN - Para pelanggan kedai mamak dan restoran nasi kandar di
negeri ini mendakwa mereka kini terpaksa membayar lebih 20 sen bagi
setiap harga makanan dan minuman yang dijual di kedai-kedai itu sejak
kerajaan mengumumkan kenaikan harga minyak Isnin lalu.
Tinjauan Kosmo! di sekitar Bayan Baru, Bayan Lepas dan George Town
mendapati lima buah kedai nasi kandar di kawasan terbabit telah
menaikkan harga makanan seperti roti canai, nasi lemak serta pelbagai
lauk selain menaikkan harga minuman teh tarik dan minuman berais.
Sekeping roti canai kini perlu dibayar RM1 berbanding 80 sen sebelum
ini, teh tarik RM1.20 berbanding RM1, nescafe ais RM1.90 berbanding
RM1.70, milo ais RM1.90 berbanding RM1.70 manakala jus buah-buahan pula
RM2.70 berbanding RM2.50.
Penyelia sebuah restoran nasi kandar di Bayan Baru memberitahu, harga
baharu itu diputuskan oleh pihak pengurusan dan berkuat kuasa
serta-merta tetapi dia menolak kenaikan tersebut ada kaitan dengan
kenaikan harga petrol.
GUAT SENG menjual pelbagai barang keperluan di Pasar Awam Maharani, Muar semalam.
"Kenaikan harga makanan dan minuman tidak dapat dielakkan kerana kos
operasi semakin bertambah. Senarai harga baharu di restoran kami akan
dipaparkan sedikit masa lagi," kata penyelia restoran itu yang enggan
dikenali.
Hari ini aku nak share satu Movie yang dikatakan tidak akan dikeluarkan DVD/VCD untuk semua..Hmmmm Betul ke Nur Kasih The Movie?? Apa pun Korang semua yang tentukan...Haha..Aku just Share link Nur Kasih The Movie dari blog/forum TeamHanna.org ini je..Ada dua part..kena download dua2 part dan joinkan/klik kanan dekat file then extract here..