Keganasan Keluarga



Apa itu Keganasan Keluarga???


adakah anda tahu apa itu Keganasan Keluarga?? sudah semestinya anda tidak tahu atau kurang tahu mengenai keganasan keluarga, disini saya akan ceritakan serba sedikit mengenai keganasan keluarga. Sebelum saya menghuraikan akan maksud keganasan keluarga, terlebih dahulu kita semua harus fahami akan maksud tiga kata kunci utama iaitu KEGANASAN, KELUARGA, dan KEGANASAN KELUARGA.

Keganasan boleh diertikan sebagai satu bentuk kekejaman atau penganiayaan dengan sengaja sama ada dalam bentuk penganiyaan fizikal, mental, seks dan pengabaian tanggungjawab.

Institusi keluarga terdiri daripada suami, isteri, anak-anak dan ahli keluarga yang lain tinggal di dalam sebuah rumah.

Keganasan Keluarga pula didefinisikan sebagai suatu kelakuan yang disengajakan untuk mendera orang lain serta membinasakan harta benda. Keganasan Keluarga juga boleh digambarkan sebagai suatu kelakuan dengan niat untuk mencederakan secara fizikal terhadap individu lain dan juga boleh didefinisikan sebagai satu bentuk kezaliman atau penganiyaan serta pengabaian tanggungjawab.

Keganasan dalam Keluarga dapat ditakrifkan berdasarkan perbuatan yang termasuk serang, sentuh, gangguan, kekejaman fizikal dan mental, penganiyaan seksual atau apa-apa perbuatan pencerobohan atau aniaya. Melalui perspektif agama islam, keganasan atau penganiyaan oleh suami digelar sebagai "nusyuz" dimana suami menahan hak isteri seperti nafkah / batin, tidak berlaku adil dalam giliran atau meninggalkan isteri, bersikap garang serta menyeksa dan memukul isteri tanpa alasan.

Berdasarkan apa yang telah saya sampaikan di sini dapat membantu anda sekalian memahami serba sedikit mengenai keganasan keluarga yang sering berlaku di dalam masyarakat kita sekarang. jika ada sebarang komen atau pandangan yang lebih efektif, silakan beri komen anda dan saya sudi membaca setiap komen anda sekalian kerana manusia mempunyai pandangan masing-masing yang mungkin tidak terlintas untuk kita memikirkannya.. =)

0 comments:

Artikel PiLihan Saya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...