Showing posts with label Pelik. Show all posts
Showing posts with label Pelik. Show all posts

Maketransformation - Lawak Semakin Menjadi-Jadi

Asalamualaikum dan Salam 1 Malaysia


Hari ini admin nak kongsikan satu tabiat atau fenomena baru #maketransformation yang semakin menjadi-jadi sekarang. Bila admin lihat gambar-gambar yang dikongsikan macam-macam kerenah boleh dilihat, ada yang boleh buat admin ketawa, pelik dan kagum pun ada.

Berikut beberapa gambar admin kongsikan.


Kepada yang nak mencuba sendiri boleh download application ini di GooglePlay

Sumber: Veooz.com, Twitter.com, Google

Penipuan Mesin ATM Genting Highlands

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia

Hari ini admin nak kongsikan teknik penipuan di Mesin ATM yang mungkin kita tidak tahu. Teknik ini mungkin sangat "Celik" sehingga sesiapa pun tidak menyedarinya. Baca petikan berikut untuk maklumat lanjut.

Kedudukan Peranti Khas

Bagi memenuhi permintaan anda, gambar tertera adalah menunjukkan kedudukan peranti khas yang dipasang penjenayah pada mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di Genting Highlands yang dikesan baru baru ini.

‘Skimming device’ dipasang dengan memuatkannya pada slot kad menyerupai bentuk asal.
Alat ini bertindak menyalin data kad bank pengguna apabila kad dimasukkan.
Dalam masa yang sama, peranti dipercayai CCTV yang dipasang di bahagian atas mesin akan merakam nombor pin kad bank seterusnya wang dalam akaun mangsa akan dicuri sebaik sahaja kad ATM dipalsukan.
Walaupun pihak polis percaya penjenayah menyasarkan kegiatan mereka di pusat-pusat peranginan atau percutian, namun orang ramai diminta sentiasa berwaspada ketika berurusan di kiosk ATM terutama yang terletak di bahagian luar bank.

Lapor segera kepada pihak bank atau polis sekiranya terkesan alat mencurigakan di persekitaran. – Polis Pahang
Sumber:
mynewhub.my
CariGold

Skim MyHome Rumah Pertama (Mampu Milik)

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia,

Hari ini admin nak berkongsi mengenai Skim MyHome Rumah Pertama (Mampu Milik) dimana pihak kerajaan telah memberi peluang kepada rakyat untuk memiliki sebuah rumah mampu milik sendiri.


Akhirnya dalam pada usaha pihak kerajaan Malaysia mahu membendung ledakan kenaikan harga rumah dan ketidakmampuan rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah beli rumah pertama, kerajaan tawarkan bantuan beli rumah pertama yang berbentuk bantuan subsidi RM30,000 kepada anda, anda yang layak.
Sedikit pengenalan mengenai Skim MyHome Rumah Pertma (Mampu Milik):

  1. Dikenali sebagai Skim Perumahan Mampu Milik Swasta atau MyHone
  2. Program & skim MyHome merupakan sebuah lagi projek perumahan yang telah diluluskan mulai 1 Januari 2014 Peruntukan sebanyak RM300 juta di bawah seliaan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
  3. Antara objektif atau matlamat utama skim MyHom, membantu rakyat memiliki kediaman sendiri dengan kos rendah dan sederhana.
  4. Program & Skim Myhome ini turut menawarkan bantuan beli rumah (subsidi) sehingga maksimum RM30,000 untuk setiap unit rumah kepada individu yang layak.
  5. Kerajaan akan membantu mereka yang layak membeli rumah pada harga rumah kos rendah dan perbezaan baki harga akan dibayar kerajaan kepada pemaju berkenaan.
  6. Terhad kepada 10,000 unit rumah sahaja
Syarat Kelayakan:
  1. Warganegara Malaysia
  2. Terbuka kepada pembeli rumah pertama
  3. Pendapatan bulanan isi rumah maksimum RM3,000 bagi kos rendah
  4. Pendapatan bulanan isi rumah maksimum RM6,000 bagi kos sederhana

Contoh Pembayaran Subsidi:
  1. Subsidi beli rumah pertama ini akan diberikan kepada pemohon yang layak untuk membeli pada harga rumah kos rendah mengikut definisi yang ditetapkan kerajaan negeri.
  2. Jumlah maksimum subsidi adalah RM30,000
  3. Misalnya kalau kerajaan negeri menetapkan rumah kos rendah pada harga RM40,000, sedangkan pemaju terpaksa menjual rumah pada harga RM70,000, maka kalau pemaju dan pembeli berkenaan layak untuk mengambil bahagian dalam skim ini, maka rumah RM70,000 akan dijual pada harga RM40,000, dan baki RM30,000 dibayar kerajaan.
Cara & Daftar Skim MyHome Rumah Pertama (Mampu Milik)
  • Orang ramai boleh memohon kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk mendapatkan borang permohonan bantuan Skim MyHome bermula pada 1 April 2014.
  • Daftar Borang Permohonan secara online Skim MyHome tidak disediakan.



Sumber: BeritaSemasa


12 Gambar Tempat Pelik dan Menarik Google Earth

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,


Hari ini admin nak berkongsi beberapa gambar pelik dan menarik yang boleh kita lihat melalui Google Earth atau Google Maps. Gambar-gambar ini boleh dilihat dengan jelas melalui carian Google Earth atau Google Maps. Berikut admin kongsikan beberapa gambar untuk dilihat:

Hippo Pool
6°53’53.00″ S 31°11’15.40″ E
Katavi National Park, Tanzania



Airplane Boneyard
32 08’59.96″ N, 110 50’09.03″W
Tucson, Arizona.


Mysterious Desert Pattern
27°22’50.10″N, 33°37’54.62″E
Red Sea Governorate, Egypt


Giant Triangle
33.747252, -112.633853
Wittmann, Arizona, USA.


Shipwrecked SS Ayrfield with Trees
-33.836379, 151.080506
Homebush Bay, Sydney, Australia
The Badlands Guardian
50° 0’38.20″N 110° 6’48.32″W
Walsh, Alberta, Canada
Parking Lot for Fighter Jets
33.927911, -118.38069
El Segundo, California, USA.


Strange Symbol
37.401573, -116.867808
Nevada, USA


Monkey Face
65.476721, -173.511416
Russia.


1:20 Scale Model of Disputed Border Region
between India and China
38.265652, 105.9517
Yong Ning Xian, Yinchuan, Ningxia, China.


Big Friendly Giant
19°56’56.96″S 69°38’1.83″W
Huara, Tarapacá, Chile.


Oil Fields
37°39’16.06″S 68°10’16.42″W
Rio Negro, Argentina.


Sumber: CariGold.com       

Kegilaan Aksi Selfie Pelik

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.


Post pertama admin untuk tahun 2014. Hari ini admin nak berkongsi satu kegilaan baru di negara barat. Kegilaan bergambar ini telah menjadi viral iaitu dengan beraksi dan bergambar di dalam bilik air dengan posisi pelik. Admin pula memikirkan, kenapa sampai seperti demikian mereka bergambar "selfie" di dalam bilik air. Di sini admin kongsi beberapa gambar untuk tontonan semua.

 




p/s: Admin harap dekat negara kita ini tak ada trend selfie macam ini.. hehe


Sumber: CariGold.com

Palsu | Gambar Kematian Paul Walker Palsu

Asslamualaikum dan Salam Sejahtera Semua

Seperti yang telah digembar-gemburkan kematian Paul Walker baru-baru ini, perkara tersebut adalah benar tetapi gambar bedah siasatnya yang disebarkan adalah palsu.

Dalam beberapa jam selepas berita kematian Paul Walker tersebar luas di ruang siber, sudah ada hamba-hamba Allah yang berkongsi "gambar bedah siasat" beliau. Admin cuba mencari gambar bedah siasat dikatakan tetapi hampir tertipu bahawa gambar tersebut adalah gambar Paul Walker. Selidik punya selidik gambar tersebut bukanlah mayat Paul Walker. 
 
Ada beberapa sebab gambar tersebut bukan mayat sebenar mendiang Paul Walker.
  1. Muka "mayat" masih merah. Gambar diambil ketika mangsa masih hidup. Umum diketahui dari laporan media Paul mati ditempat kejadian bersama rakannya.
  2. Kereta yang beliau dan Roger Rodas naiki terbakar serta merta setelah melanggar tiang lampu. Jelas kelihatan ruang penumpang Porsche GT yang dinaiki terbakar teruk. Mustahil wajah Paul masih boleh dikenal pasti.
  3. Mayat Paul masih sehingga berita ini ditulis tidak dapat dikenal pasti oleh koroner. Mereka masih menunggu rekod gigi Paul dan Rodas bagi memastikan identiti. Sedih untuk mengatakan bahawa mayat kedua-dua mangsa hangus terus paska kebakaran.
Gambar Sebenar

Gambar Sebenar

Jadi wajah siapakah yang dikatakan "Paul Walker" ini sebenarnya?

Sebenarnya, Nama beliau ialah Alan Dennis (26) seorang sukarelawan Kristian yang bertugas di Kongo. Pada tahun 2011 Dennis sedang membina sebuah loji penapis air untuk sebuah gereja. Beliau menggunakan sebuah angle grinder untuk memotong batu bata bagi membina sebuah relau memanaskan air. Tiba - tiba bilah angle grinder yang digunakan beliau pecah dan serpihan besi terpelanting menghentam penutup muka yang dipakai beliau. Alan tidak menyedari betapa seriusnya kecederaan beliau sehingga rakan sekerja beliau menjerit melihat rupa beliau. Sebilah besi terbang dan memotong muka beliau dari tengah - tengah kening mata hingga ke mulut. Besi ini melekat terus pada muka beliau. 
 
Setelah dikejarkan ke hospital besi yang terbenam berjaya dikeluarkan dan kini Alan kembali pulih. Beliau hanya hilang beberapa batang gigi akibat kemalangan ngeri ini. Alan masih lagi bekerja dengan gereja di Kongo dan merasakan kemalangan ini hanya ujian Tuhan terhadap beliau.
 
Sekarang kita dah tahu cerita disebalik gambar bedah siasat dan harap ada cerita yang baik disebaliknya. hehe 
p/s: kematian Paul Walker adalah satu kehilangan besar tetapi kita tak perlulah terlalu sedih kerana dia bukanlah sesama agama dengan kita. Sekadar tumpang simpati sudahlah dan kita perlu sedih jika saudara seagama kita yang terkorban. Think +ve ye. Wasalam.

Sumber:
SuaraShiro
AfricaStories
BlogSerius

Kucing Paling Comel Dalam Instagram

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua

Hari ini admin nak share tentang seekor kucing yang comel dan popular di Instagram sekarang.
Kucing ini dikenali sebagai Sam. Kucing bernama Sam ini, sangat istimewa kerana mempunyai kening yang semula jadi. Bertompok hitam di atas matanya. 

Menurut pemilik kucing ini, Sam mulai dijumpai di New York semasa dia dalam keadaan sesat. Kini Sam memiliki 106,768 followers di Instagram. Jom kita lihat gaya kucing tersebut. Berikut admin kongsi beberapa gambar kucing tersebut:

INSTAGRAM







Bulu berbentuk kening

Sumber: CariGold


Kematian Paul Walker Diragui

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua

Paul Walker

Seperti yang kita sedia maklum, Paul Walker atau dikenali sebagai Brian O'Conner iaitu pembawa watak dalam filem Fast & Furious dilaporkan telah meninggal dunia di tempat kejadian apabila kenderaan yang dipercayai dipandu oleh individu yang tidak dikenali identitinya hilang kawalan lalu melanggar tiang di tepi jalan.

Keadaan kereta
Muka selepas kemalangan
Kemalangan tragis tersebut sebuah kereta Porsche GT. Paul Walker dikatakan tidak memandu kereta tersebut dan hanya menumpang disebelah semasa dalam perjalanan ke satu majlis amal.


Keadaan kereta

Kehilangannya boleh dikatakan satu kehilangan besar dalam dunia perfileman kerana lakonan hebat beliau amat disukai ramai dan dikatakan filem Fast & Furious 7 masih dalam proses pembikinan.
Pengesahan di Twitter
Pengesahan di Facebook

Walaupun pelbagai telah mengesahkan kematian Paul Walker didalam kemalangan tersebut, tetapi ada wujud keraguan status kematian Paul Walker, dimana ada pihak telah berkongsi gambar Paul Walker selepas dirawat di hospital.

Selepas Dirawat


Apa pun admin tidak pasti sama ada Paul sudah mati atau masih hidup sekarang kerana tidak ada bukti yang sahih mengatakan dia masih hidup atau sudah mati.

P/S: apa yang kita nak sedih sangat tentang kematiannya, ramai ummat islam mati di bumi Palestin dan negara Islam yang lain pada masa sekarang. itu yang lebih patut kita sedih. Sama-sama kita doakan untuk kesejahteraan hidup sesama ummat Islam. Insyallah.. Amin3.

Sumber:
OhArtis
OhBulan
MySumber
CariGold

Artikel PiLihan Saya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...