Wow!! Pencipta You Tube Instant




Mungkin dah ramai yang tahu tentang Feross Aboukhadijeh. Kalau belum, saya nak kongsi sikit mengenai si dia ni. Semua ini berlaku dalam bentuk instant di mana sebelum ini Pihak Google banyak menghabiskan selama beberapa tahu untuk mencipta Google Instant tetapi dia yang merupakan seorang mahasiswa asal di Amerika Syarikat (AS) telah mencipta You Tube Instant hanya dalam masa tidak kurang tiga jam dan memaparkan link yang diciptanya di twitter.

Feross Aboukhadijeh
merupakan mahasiswa di Universiti Stanford, California, AS yang menggemparkan dunia dengan penciptaan You Tube Instant yang dikatakan sebagai tujuan pembelajaran dia sahaja. Percaya atau tidak dia telah ditawarkan kerja dari CEO You Tube (Hurley) berdasarkan penciptaan yang telah dihasilkan dia.

Dia telah menetapkan pendiriannya untuk mencipta You Tube Instant ini bagi mencipta satu yang mempunyai kelainan dan mudah dengan bertaruh dengan rakan sebiliknya.

"Saya mahu bertaruh dengan teman sebilik saya, Jake Becker, jika saya mampu membuat YouTube search hanya dalam masa kurang dari sejam," kata Aboukhadijeh yang mengambil jurusan perkomputeran.

Walaupun dia kalah dalam taruhan dengan rakan sebiliknya karana dia gagal menyelesaikan program itu dalam waktu sejam tetapi mengambil masa selama tiga jam namun dia telah mendapat satu tawaran pekerjaan yang diluar jangkaannya selepas membuat program tersebut. Dia telah mendapat maklum balas langsung dari Hurley.

Di dalam twitternya berlaku perbincangan di antara dia dengan CEO You Tube.

"Hey @FreeTheFeross! Loving YouTube Instant... http://feross.net/instant/ Want a job? ;)"

Dia kemudian, membalas.

"Hey @Chad-Hurley. Glad you liked YouTube Instant! Is that a for-real job offer? ;)"

Kemudian Hurley membalas:

"@FreeTheFeross Are you ready to leave school? :) I'll send you a DM (direct message)."

Selepas itu wujud perbincangan secara rasmi di antara mereka. Percaya atau tidak, dengan mencipta sesuatu yang pelik, baru dan memudahkan boleh menjadi seseorang itu terkenal dan mempunyai masa depan yang cerah. so kita semua boleh jadi macam si dia jika ada idea yang mempunyai kelainan dan baru di dalam dunia ini. haha betul tak??

sekian, terima kasih.

Nak tahu lebih lanjut view link di bawah:
http://ytinstant.com/
http://feross.org/
facebook.com/feross.aboukhadijeh

0 comments:

Artikel PiLihan Saya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...