LAWAK!!! Gadis Perasan_Jenaka Selamba Santai



Seorang gadis cantik menaiki LRT yang sangat penuh dan sesak. Gadis itu berdiri betul-betul berdiri di depan seorang pemuda. Seketika kemudian pemuda itu bangun, namun belum sempat pemuda itu berkata apa-apa, gadis cantik itu menolak pemuda itu dengan lembut ke tempat duduknya sambil berkata,

"terima kasih, saya lebih suka berdiri"

Pemuda itu tercengang dengan penuh kehairanan. Dia sedikit jengkil kerana ditolak oleh gadis itu walaupun secara lembut. Pemuda itu pun berdiri semula tetapi sekali lagi gadis cantik itu menolaknya duduk semula dan berkata dengan sedikit kuat hingga didengari oleh lain2 penumpang.

"Tak apa, tak payah susah2, saya lebih suka berdiri."

Tanpa putus asa pemuda itu berdiri lagi untuk kali ketiga sambil menjerit.

"Woi cik Kak!!! saya nak turun laaaa!!! saya dah terlepas perhentian saya tau!!! Apa punya perasan lah dia ni?!!!


Sumber: 1001 Cerita Jenaka Selamba, Santai_Jahmaludin Haji Zakaria


0 comments:

Artikel PiLihan Saya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...