Proton Inspira. Kereta hasil kerjasama dengan Mitsubishi yang bakal anda jumpa di jalan-jalan raya bulan November ini, bakal mendatangkan keterujaan kepada pemiliknya selepas Pasukan Proton R3 bakal menaiktaraf Proton Inspira ini untuk tahun 2011.
Kepada mereka yang bercita-cita untuk memiliki kereta berprestasi tinggi Mitsubishi EVO X sebelum ini, maka Proton Inspira akan datang bakal menjadi platform untuk mereka yang suka mengubahsuai untuk menajdi replika model tersebut.
Walaupun penukaran enjin mungkin tidak akan berlaku, namun kosmetik luaran adalah jalan penyelesaiannya yang paling mudah dan popular. Kalau nak tukar enjin seketul, harga enjin tu dah boleh beli Persona sebijik. Selepas Satria Neo R3, Pasukan Proton R3 dijangkakan akan membangunkan model dinaik taraf Proton Inspira, mungkin akan dikenali sebagai Proton Inspira R3. Berita ini adalah sesuatu yang amat ditunggu-tunggu oleh penggemar kereta berprestasi tinggi, malah berita lebih baik mungkin berkenaan Proton Inspira akan dinaik taraf oleh R3 dan Lotus, sama seperti apa yang mereka lakukan terhadap Proton Satria Neo Lotus R3 Racing.
Kalau anda bajet yang lebih, lebih baik anda tunggu sehingga tahun 2011 nanti. Tapi, macamana rupa bentuk luaran dan dalaman yang akan dinaiktaraf oleh pasukan Proton R3 ini? Ada rupa Mistubishi Evo X ke?
Jadi sehingga sekarang, Proton Inspira akan menjadi satu lagi model legenda keluaran Proton yang akan bertahan dalam tempoh yang lama selepas pelancaran pada 10 November nanti.
Lupakanlah sebarang kritikan terhadap Inspira, kerana apabila sebuah Inspira R3 atau Inspira Evo X menjalar di jalan raya nanti, sudah pasti ramai yang menyimpan angan-angan untuk memilikinya.
Sumber: http://beritasemasa.com
by Staff Berita Semasa on November 6, 2010, dalam Berita Automatif.
0 comments:
Post a Comment