"ayang sentiasa di sisi abang tak kira masa. Masa abang tengah belajar di U dulu pun, abang sering gagal, dan ayang sentiasa berada di sisi memberi dorongan supaya abang terus mencuba..."
Si isteru menjadi sayu. Si suami menambah, "Masa abang tengah cari kerja dulu pun, abang gagal dapatkan sebarang jawatan dalam iklna, ayang masih di sisi, tanpa jemu. Siap tolong carikan dalam paper lagi jawatan kosong untuk abang..."
Air mata si isteri bergenang. Dikesatkannya air mata dengan hujung baju. "bila abang dapat kerja. abang kerja sungguh2 untuk kita. tapi bertahun2 tiada kenaikan gaji dan pangkat. Hinggalah sekarang...ayang masih di sisi abang."
"Dan baru ini abang dah terlepas kontrak RM5j hanya kerana silap kecil, abang dipecat dengan notis 24 jam,.... ayang masih di sisi."
Mata suami pula bergenang, "Dan.... sekarang abang terlantar di sini. Bila abang sedar ayang masih juga disisi," Esakan si isteri bertambah kuat...
Si suami berkata lagi, "abang rasa ayang ni bawa sial la...berambuslah sekarang.."
Sumber: 1001 Cerita Jenaka Selamba, Santai_Jahmaludin Haji Zakaria
0 comments:
Post a Comment