Showing posts with label duit. Show all posts
Showing posts with label duit. Show all posts

Perhatian!! Teknik Terbaru Scammer - Tipu guna Slip Maybank

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia

Hari ini admin nak kongsikan teknik Scam yang terbaru iaitu dengan menipu Slip Maybank. Teknik ini merupakan teknik terbaru yang semakin berleluasa iaitu menaip semula Slip Maybank. Ikuti kisah yang admin kongsikan:

Assalam...aku buka thread ni sbb nk kongsi kt korang cite ari ni 9/8/2014.aku jual henpon lenovo S850 set baru...hrga RM680 siap flip case ngn screen protector matte.Ada sorg ni penipu ni nama sharul yusof..dah bank in,siap send gmbr slip maybank tu dia bank in.untuk pgetahuan korg,dia di LD..aku di KK.So,aku pelik la...slip dh ada kt tgn dia,tp duit xmasuk lagi bile aku chek kt Maybank2u.so, aku pn chek la sendiri,masuk kan duit RM50 kt akaun mybnk pastu tgk kt M2U mmg masuk duit.Jadi aku syak penipuan telah berlaku...aku cal bank tnya,rupa2nya skrg ni byk kes penipuan slip DITAIP DAN DI PRINTKAN oleh SCAMMER.Aku call je trus xagkt..Syukurlah aku tak terkena..jadi korg seller dari sabah dan seluruh malaysia dalam warga CG ni hati2 la berniaga..Berikut aku selitkan wassap aku ngn dia
Nama scammer: Sharul Yusof, No telefon: 0143546135

Bukti Screenshot Whatsapp

 

Perbezaan Slip Asal dan Palsu

Slip Original/Asal Maybank
Slip Tipu/Edit 

p/s: Hati-hati dengan pembelian/penjualan secara online. Pastikan pembayaran yang dibuat pembeli itu betul dahulu.

Sumber: CariGold.com

Alert !! "Hutang Unifi RM3800" - Hati-Hati Semua

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia buat semua,

Unifi
Hari ini admin nak kongsi satu kisah yang admin jumpa di laman sosial iaitu mengenai Hutang Unifi sebanyak RM3800. Sebenarnya bukan kes kena bayar hutang tetapi hampir kena tipu oleh golongan Scam Profesional yang bergiat aktif menipu orang pada masa sekarang. Cuba rakan-rakan baca aktikel/petikan yang admin copy & paste di bawah ini.

[Semalam punya kes]

2 akaun bank terpaksa dibekukan,hampir terpedaya semalam dengan "Hutang Unifi" rm3800 dan kes dibawa ke "Bank Negara" untuk tindakan undang-undang.

Semalam dapat panggilan telefon "+1300881222" kata ada tertunggak unifi selama 3bulan,uitttss!!bila masa register unifi..call balik no tadi dan "pegawai" tu bacakan maklumat detail Nama Penuh,Nombor IC dan No.tel Telekom yang register untuk unifi,dia dengan niat nak "membantu" sarankan aku telefon "Bank Negara" untuk siasatan lanjut.

03-27885046/03-27885038 - Nombor bank negara dia bagi,sebijik sama sistem layan diri Bank Negara sediakan,aku pun pilih nak cakap dengan pegawai..pegawai tu pun mulakan siasatan minta detail aku,cuma kad bank yang 3 digit tu memang tak akan bagi,belajar dari pengalaman..maybank dah pesan jangan bagi sape2.

Pegawai tu siap tanya ada berapa akaun bank? ada berapa kat dalam tu? pelik jer soalan ni!tak pe la mungkin dia nak bantu..so bagitahu jelah,dia cakap akan telefon lagi sejam, kes akan dihantar ke mahkamah,dalam masa 3 hari tak dibenarkan buat transaksi dan jangan bagitahu sape2 dalam masa siasatan.

Sementara tunggu sejam tu,aku cuba call TM dan Bank Negara,tapi respon tak baik sebab hari minggu..Bank Negara tak operasi hari AHAD!mula ragu,biar betul diorang ni..pakej unifi paling mahal pun baru berapa?tak kan sampai rm3800 untuk 3 bulan?aku cuba call balik no. tadi dan menyamar seolah orang salah nombor..tiba2 dengar suara gaya indon,dan kurang sopan cara cakap!!SAH!PENIPU!JAHANAM!~

Aku pun cuba google no telepon tadi HASILNYA: 


Ya Allah rupanya sudah ramai yang tertipu dengan sindiket haram ni,terus call maybank dan cimb untuk bekukan akaun.Syukur,diberi petunjuk sebelum terkena.

Pesan saya untuk semua,hati-hati dengan nombor ni - +1300881222 ( hampir sama dengan nombor unifi,cuma ada tanda "+",nombor sebenar unifi tak ada simbol "+")

03-27885046/03-27885038 - no talian Bank Negara PENIPU!!

Sila Share/kongsi jika anda prihatin.
 p/s: harap tak ada yang jadi mangsa lagi.  
Admin just share untuk kepentingan dan keselamatan orang lain.

TM

Artikel PiLihan Saya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...