Pekerja Kerajaan Sukar Dibuang? Benar?




Hari ini, kami ingin menyentuh topik tentang pekerja kerajaan atau penjawat awam, yang melakukan kesalahan tatatertib dan mempunyai masalah disiplin, sukar dibuang? Adakah ianya benar? Adakah pekerja kerajaan ini kebal dari tindakan dan salah laku?

Seperti pembaca semua sedia maklum, dalam setandan pisang, pasti ada beberapa biji yang tidak elok. Begitulah resam dalam kakitangan awam ini. Terdapat segelintir dari mereka-mereka ini,banyak melakukan kesalahan. Kesalahan yang paling banyak kita dengar tentang pekerja kerajaan ini adalah, masalah disiplin, dadah, dan sebagainya.

Namun, tindakan yang dikenakan terhadap mereka, amatlah tidak wajar dengan kesalahan yang mereka lakukan. Kita ambil contoh daripada petikan akhbar The Star di bawah.

Sex-drugs teacher who sold stimulants transferred to another school
By FARIK ZOLKEPLI
farik@thestar.com.my

JOHOR BARU: A disciplinary teacher at a secondary school in Skudai, who had been distributing brochures on sex enhancement drugs in his school, has been transferred out.

Johor Education Department director Sufaat Tumin said that the teacher was transferred to another secondary school in Johor Baru recently following reports lodged against him.

“The investigation was completed last month and the report has been sent to the Education Ministry,” he told The Star yesterday.

“Further action against the teacher depends on the severity of the offence,” he said.

The teacher’s side business came to light after businessman Ng Ching Sea, 58, discovered brochures on sex enhancement drugs among his son’s books about two weeks ago.

It was later discovered that the teacher was responsible for distributing the brochures to the students.

Sufaat said the case involving the teacher was an isolated incident.

He explained that the state had some 48,000 teachers but only a few had in disciplinary problems.

He added that school heads were responsible for monitoring their teachers’ activities.

“It is important for all teachers to adhere to the rules and set a good example for students.”

Meanwhile, Ng said he was satisfied with the decisive action taken to deal with the teacher.

“Good values should be cultivated by parents at home and teachers in school,” he said.

The teacher was said to have been selling sex enhancement products that included drugs, gels and pills.

Jelasnya di sini, kesalahan tersebut dilakukan oleh seorang yang bergelar Guru. Daripada menjadi lilin untuk anak murid, sebaliknya, guru tersebut menjual produk perangsang seks di sekolah, dan anak-anak murid yang menjadi sasaran. Apa yang berlaku kemudian, guru terbabit hanya ditukarkan ke sekolah lain buat sementara sebelum kesnya disebutkan atau ada laporan polis dibuat bagi menyabitkan kesalahan.

Namun di sini, kami berpendapat bahawa sememangnya hukuman terhadap salah laku seorang pendidik tersebut, amatlah berat. Dan hukuman yang dikenakan, sememangnya amat tidak setimpal. Perbuatan menjual alat meransang seks, kepada anak murid, merupakan satu kesalahan serius dan amat memberikan impak yang negatif kepada mereka.

Kesalahan yang serius sedemikian, hanya mengakibatkan guru tersebut ditukarkan ke sekolah lain. Adakah ianya memberi kesan yang positif ? Baik terhadap guru dan sekolah dimana dia ditukarkan? Dalam konteks ini, sepatutnya, kami berpendapat bahawa tindakan menggantung kerja dan menahan gaji adalah lebih baik daripada ditukarkan ke sekolah lain sementara menunggu siasatan.

Ini secara tidak langsung dapat memberikan pengajaran terhadap kakitangan awam yang melakukan kesalahan. Umumnya, semua tahu bahawa prosedur untuk membuang pekerja kerajaan ini sememangnya amat penuh dengan kerumitan dan prosedur. Jadi, tindakan buang kerja ini memerlukan penelitian yang mendalam terhadap segala pekeliling di dalam kerajaan dengan menggunakan prosedur yang betul.

Ini kerana, sudah acapkali bekas-bekas pekerja kerajaan yang pernah dibuang kerja dan digantung tugas, menang dalam saman mereka di mahkamah terhadap kerajaan. Ini adalah kerana proses pemberhentian yang tidak menepati prosedur yang ditetapkan. Tidak macam pekerja swasta, hari ini buat hal, dalam 30 minit dah dapat notis berhenti kerja 24 jam.

Untuk pekerja kerajaan, ada terdapat banyak prosedur dan kerenah birokrasi. Segalanya perlu mengikut turutan. Dan keputusan akhir pula hanya boleh dibuat oleh Jabatan Perhidmatan Awam yang akan membuat penilaian berdasarkan maklumat Ketua Jabatan dan juga keputusan mahkamah. Ini kerana pekerja kerajaan tertakluk kepada Perlembagaan Persekutuan, dan Perintah Am. Manakala bagi kes jenayah, seperti rakyat biasa juga, ia tetap tertakluk pada Kanun Keseksaan.

Sumber: http://beritasemasa.com


0 comments:

Artikel PiLihan Saya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...