10 Fakta Menarik Kemasukan Pelajar Baru UUM 2013/14

 Dirgahayu UUM, Ilmu, Budi, dan Bakti!

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia buat semua.

10 Fakta Menarik Kemasukan Pelajar Baru UUM 2013/14

Disini saya akan kongsikan mengenai 10 Fakta menarik kemasukan pelajar baru di Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, Kedah iaitu: 

  1. Lebih 4,000 mahasiswa mendaftar sebagai penuntut baru. Bilangan ini akan berubah dari masa ke masa berikutan sesi pendaftaran masih berlangsung, menurut Prof. Madya Dr. Abdul Malek Abdul Karim, Timbalan Naib Canselor (Pemangku, Hal Ehwal Pelajar dan Alumni)
  2. 3,836 daripadanya akan mengikuti pengajian di peringkat ijazah pertama membabitkan 39 program
  3. Hampir 1,000 lagi pula di peringkat pasca siswazah
  4. Hampir 700 pelajar pula merupakan mahasiswa antarabangsa dari 38 negara antaranya Indonesia, Thailand, China, Uzbekistan, Libya, Somalia dan Tanzania.
  5. UUM menjadi pilihan 137 orang pelajar yang mendapat Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 4.00
  6. 1,343 orang pula mendapat PNGK 3.50 ke atas
  7. 91 peratus daripada keseluruhan pelajar memperolehi PNGK 3.0 ke atas
  8. Permohonan berkualiti yang diterima daripada calon-calon mahasiswa dengan PNGK 3.00 menunjukkan peningkatan kepada 90 peratus daripada 78 peratus  berbanding permohonan kemasukan sebelumnya
  9. 3 program pengajian yang mendapat permintaan tertinggi adalah Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian), Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian) dan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Kepujian).
  10. 2 program baru ditawarkan mulai sesi pengajian kali ini ialah  Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Industri Kreatif (Kepujian) dan Ijazah Sarjana Muda Falsafah, Undang-undang dan Perniagaan (Kepujian).

  Rujukan
  1. 4,000 mahasiswa sertai UUM. (4 September 2013). Utusan Malaysia Online. Dicapai pada 4 September 2013, dari http://www.utusan.com.my/utusan/Utara/20130904/wu_02/4,000--mahasiswa-sertai-UUM
  2. Cacat bukan halangan. (3 September 2013). Harian Metro, m/s 11.
  3. Lebih 4,000 daftar sebagai mahasiswa baru UUM. (3 September 2013). Sinar Harian Online. Dicapai pada 4 September 2013, dari http://www.sinarharian.com.my/nasional/lebih-4-000-daftar-sebagai-mahasiswa-baru-uum-1.198244
  4. UUM Jadi Pilihan Pelajar Cemerlang, dari http://www.uum.edu.my/index.php/ms/berita-terkini/316-uum-jadi-pilihan-pelajar-cemerlang

 Kredit to: http://jebelkoh.blogspot.com/2013/09/10-fakta-menarik-kemasukan-baru-uum.html

Sekian, Terima Kasih.


JanaSampingan

Artikel PiLihan Saya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...