Palsu | Gambar Kematian Paul Walker Palsu

Asslamualaikum dan Salam Sejahtera Semua

Seperti yang telah digembar-gemburkan kematian Paul Walker baru-baru ini, perkara tersebut adalah benar tetapi gambar bedah siasatnya yang disebarkan adalah palsu.

Dalam beberapa jam selepas berita kematian Paul Walker tersebar luas di ruang siber, sudah ada hamba-hamba Allah yang berkongsi "gambar bedah siasat" beliau. Admin cuba mencari gambar bedah siasat dikatakan tetapi hampir tertipu bahawa gambar tersebut adalah gambar Paul Walker. Selidik punya selidik gambar tersebut bukanlah mayat Paul Walker. 
 
Ada beberapa sebab gambar tersebut bukan mayat sebenar mendiang Paul Walker.
  1. Muka "mayat" masih merah. Gambar diambil ketika mangsa masih hidup. Umum diketahui dari laporan media Paul mati ditempat kejadian bersama rakannya.
  2. Kereta yang beliau dan Roger Rodas naiki terbakar serta merta setelah melanggar tiang lampu. Jelas kelihatan ruang penumpang Porsche GT yang dinaiki terbakar teruk. Mustahil wajah Paul masih boleh dikenal pasti.
  3. Mayat Paul masih sehingga berita ini ditulis tidak dapat dikenal pasti oleh koroner. Mereka masih menunggu rekod gigi Paul dan Rodas bagi memastikan identiti. Sedih untuk mengatakan bahawa mayat kedua-dua mangsa hangus terus paska kebakaran.
Gambar Sebenar

Gambar Sebenar

Jadi wajah siapakah yang dikatakan "Paul Walker" ini sebenarnya?

Sebenarnya, Nama beliau ialah Alan Dennis (26) seorang sukarelawan Kristian yang bertugas di Kongo. Pada tahun 2011 Dennis sedang membina sebuah loji penapis air untuk sebuah gereja. Beliau menggunakan sebuah angle grinder untuk memotong batu bata bagi membina sebuah relau memanaskan air. Tiba - tiba bilah angle grinder yang digunakan beliau pecah dan serpihan besi terpelanting menghentam penutup muka yang dipakai beliau. Alan tidak menyedari betapa seriusnya kecederaan beliau sehingga rakan sekerja beliau menjerit melihat rupa beliau. Sebilah besi terbang dan memotong muka beliau dari tengah - tengah kening mata hingga ke mulut. Besi ini melekat terus pada muka beliau. 
 
Setelah dikejarkan ke hospital besi yang terbenam berjaya dikeluarkan dan kini Alan kembali pulih. Beliau hanya hilang beberapa batang gigi akibat kemalangan ngeri ini. Alan masih lagi bekerja dengan gereja di Kongo dan merasakan kemalangan ini hanya ujian Tuhan terhadap beliau.
 
Sekarang kita dah tahu cerita disebalik gambar bedah siasat dan harap ada cerita yang baik disebaliknya. hehe 
p/s: kematian Paul Walker adalah satu kehilangan besar tetapi kita tak perlulah terlalu sedih kerana dia bukanlah sesama agama dengan kita. Sekadar tumpang simpati sudahlah dan kita perlu sedih jika saudara seagama kita yang terkorban. Think +ve ye. Wasalam.

Sumber:
SuaraShiro
AfricaStories
BlogSerius

1 comments:

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.

Artikel PiLihan Saya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...