Showing posts with label download. Show all posts
Showing posts with label download. Show all posts

KL Gengster 2 Bocor: 'Saya akan saman berjuta ringgit!'

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Seperti yang kita semua sedia maklum, KL Gengster 2 yang menelan kos RM4.5 juta bakal ditayangkan pada 3 Oktober nanti telah bocor di internet dan media sosial yang lain akibat pihak yang tidak bertanggungjawab. Disebabkan perkara tersebut Datuk Yusof Haslam telah mengadakan sidang media khas tergempar bagi menyatakan pendirian beliau.

Berikut adalah petikan akhbar yang admin kongsi:   
Bocor: 'Saya akan saman berjuta ringgit!'
Datuk Yusof Haslam
 Bocor: 'Saya akan saman berjuta ringgit!'

“SAYA akan saman berjuta ringgit!”. Demikian reaksi pengarah dan penerbit terkenal, Datuk Yusof Haslam berhubung kontroversi terbaru melibatkan filem arahan terbaru anak lelakinya, Syamsul Yusof, KL Gangster 2.

Filem sekuel yang menelan kos RM 4.5 juta itu dikhabarkan bocor di Internet sedangkan masih belum ditayangkan di pawagam.

Ekoran insiden tersebut, beliau mengadakan sidang media khas tergempar, semalam.

Dalam sidang media itu, jelas kekecewaan daripada pihaknya meskipun yang tersebar hanyalah 'raw material' yang belum diberi sentuhan akhir.

“Dari awal lagi saya dah rasa. Syamsul di Bangkok lagi sudah beritahu saya, ‘pastikan ya Papa, sekarang ini zaman digital, jangan sampai kita bocor di mana-mana. Habis kita nanti.’

“Sebab dah terlalu lewat, saya bagi Syamsul 'dateline' dan dia menghantar 'raw material' untuk filem itu, yang hanya 50 peratus kualitinya daripada segi kandungan, kesan dan CGI serta belum dibuat 'final mix' dan sebagainya,” katanya pada sidang media.

Filem yang tersebar luas itu dikatakan bukan dalam format berdefinisi tinggi.

“Dia kata hantar saja ke Lembaga Penapisan Filem (LPF)' dan Finas untuk penilaian wajib tayang memandangkan berpuluh filem menanti. Kalau tak, tayang 2014. Selama ini, kita hantar filem yang 100 peratus dari segi kualitinya.

“Tapi entah kenapa. Ada hikmah juga. Bayangkan kalau kita hantar 'Full HD' kepada syarat wajib tayang...LPF. Bayangkan apa yang terjadi. Sedangkan yang kualiti 50 peratus ini saja, besar kesannya terhadap kami,” katanya.

Akui tidak akan berkompromi dengan pelaku yang menyebarkan karya anaknya itu,  Yusof Haslam memberi amaran bakal mengambil tindakan tegas.

“Pejuangan kami tidak berhenti di sini. kepada mereka-mereka yang nak sabotaj kami, kami tak akan berdiam diri. Kalau kamu menggunakan Internet untuk mencetak rompak, pihak polis juga ada cara untuk mengesan.

“Kami akan bawa orang ini (pelaku) ke muka pengadilan. Bukan dengan denda setakat RM 1,000 tapi saya akan saman jutaan ringgit. Ini yang saya akan buat. Ini bukan perkara main-main.

“Filem ini melibatkan kos yang cukup besar. Walaupun kami buat filem dengan RM 100,000 modal sekalipun, itu adalah titik peluh kami, karya kami. Apabila karya kami dicuri, tidak ada kompromi,” katanya.

Tidak berhasrat untuk mempercepatkan tayangan KL Gangster 2, Yusof tidak mahu bersikap mementingkan diri.

“Tayangan filem ini tetap 3 Oktober. Saya disarankan untuk mempercepatkan tayangannya tapi saya tak nak.

“Saya boleh buat kalau fikir kepentingan diri sendiri tapi sebagai pembikin filem, saya menghormati rakan-rakan produser lain. Saya tak tergamaknya nak pijak kepala produser lain,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menyerahkan soal sambutan dan kutipan kepada rezeki Allah.

“Insya-ALLAH ada rezeki, filem ini akan tetap dapat sambutan. Berapa nak kutip itu soal rezeki dari ALLAH,” katanya.


Sumber: SinarHarian
JanaSampingan
P/s: Admin difahamkan yang download punya version tu tak 100% siap la. Mesti akan ada kelainan sikit untuk wayang punya version. hehe

PERCUMA!! Tutorial Rahsia Bina Blog Dalam 3 Minit


Salam sejahtera...

Disini saya ingin berkongsi satu lagi ebook yang berguna kepada anda yang baru atau berminat untuk membina blog secara mudah..Ebook Rahsia Bina Blog Dalam 3 Minit dihasilkan oleh Sazlairie / Jutawansiber.com sendiri untuk kegunaan blogger baru atau kepada yang berminat membina blog sendiri.

Dalam ebook ini, penulis pecahkan kepada beberapa bahagian mengikut turutan untuk membina blog. Paparan dari blogger juga ditunjukkan berserta keterangan satu persatu bagi memudahkan anda membina blog pertama anda. Ikuti satu persatu dalam beberapa minit dan akhirnya anda dapat memiliki blog anda yang pertama!
semoga anda berpuashati dan dapat berkongsi dengan rakan-rakan anda yang lain.
Sekian terima kasih..

Download: Link 1
Link 2

TERBARU!! Personas for Firefox | Naruto-Conduta Ninja

Personas for Firefox | Naruto-Conduta Ninja

PERCUMA!! E-Book 33 Rahsia Merakam Gambar



Salam Sejahtera..
Ebook ini dikongsi khas kepada peminat yang berminat di dalam bidang atau hobi FOTOGRAFI. Walaupun ebook ini hanya secara ringkas menerangkan mengenai fotografi tetapi banyak tips atau panduan yang berguna di dalam E-Book.

Ebook mengenai 33 Rahsia Merakam Gamabar ini ditulis dan diterbitkan oleh Noorizam Sabran yang boleh didapati di blog beliau www.noorizamsabran.com yang boleh membantu anda mengetahui lebih lanjut mengenai fotografi.

Download: 33 Rahsia Merakam Gambar Menarik Dengan Hanya Mengetahui Asas Fotografi

PERCUMA!! Rahsia 5 Pembohongan Besar Perniagaan Internet


Salam Sejahtera...
Kali ini saya ingin berkongsi E-Book Rahsia Pembongkaran atau Pembohongan Besar Perniagaan Internet kepada peminat setia internet yang telah diterbitkan pada tahun 2007-2008. Walaupun sudah lama diterbitkan tapi ia berguna untuk anda sekalian.Laporan Ini PERCUMA dan diterbitkan Amirul Faisyal, SistemRahsia.com.
Anda digalakkan supaya menyebarkan panduan ini untuk menyedarkan orang ramai tentang BAHAYANYA pembohongan ini jika ianya terus berleluasa.
sekian, terima kasih.

Download: link 1
link 2

PERCUMA!!! Novel Ketika Cinta Bertasbih 1&2


Salam...Kepada semua peminat membaca novel Ketika Cinta Bertasbih 1 & 2. disini saya ingin berkongsi novel2 tersebut di dalam bentuk e-book walaupun telah lama diterbitkan.Saya rasa tidak perlu dijelaskan lagi mengenai novel2 ini dan disebalik kisahnya. Cerita ini banyak memberikan kesan kepada pembaca sehingga filem yang dikeluarkan turut laris di pasaran.
semoga apa yang saya kongsi ini dapat memberikan anda kepuasan dan jika sesiapa yang telah ada ebook ini harap dapat berkongsi dengan rakan-rakan yang belum memiliki novel ini. Saya cuma mahu berkongsi dengan anda sekalian secara percuma..
sekian, terima kasih

Download: Ketika Cinta Bertasbih 1
Ketika Cinta Bertasbih 2

Pembentangan Bajet 2011- Belanjawan Lengkap!!



Selesai sudah Bajet Belanjawan 2011 yang di bentangkan oleh Datuk Seri Najib Tun Abd. Razak di Dewan rakyat pukul 6.oo petang yang lepas. Bertemakan “Transformasi Ke Arah Negara Maju Berpendapatan Tinggi”, Bajet 2011 ini akan menumpukan kepada 4 strategi utama berikut :

  1. Mendaya Kembali Pelaburan Swasta
  2. Membangun Modal Insan
  3. Mensejahterakan Hidup Rakyat
  4. Memantapkan Penyampaian Perkhidmatan Awam

Jumlah bajet - RM212 bilion, 2.8 preratus lebih tinggi daripada Bajet 2010
Perbelanjaan kos operasi – RM162.8 bilion
Perbelanjaan kos pembangunan – RM49.2 bilion

  • Rizab negara berjumlah RM310.8b bersamaan dengan nilai 8.5 bulan import tertangguh dan 4.3 kali lebih tinggi daripada hutang luar jangka pendek negara
  • Negara telah pulih dari kemelesetan ekonomi dunia dgn pertumbuhan KDNK 9.5% separuh pertama 2010
  • Defisit dijangka rendah pada 5.4 peratus pada 2011
  • Jumlah dagangan Malaysia dijangka meningkat 18.7 peratus kepada RM1.173 trilion tahun ini berbanding RM988.2 bilion tahun lalu
  • Jumlah dagangan Malaysia dijangka meningkat 18.7 peratus kepada RM1.173 trilion tahun ini berbanding RM988.2 bilion tahun lalu
  • Sektor perkhidmatan diunjur berkembang 5.3 peratus tahun hadapan dengan pelaksanaan program dan inisiatif di bawah tujuh Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) berkaitan perkhidmatan.
  • Warisan Merdeka – Permodalan Nasional Bhd akan membangunkan projek bersepadu berharga RM5 bilion, yang membabitkan menara 100 tingkat, yang dijadual siap pada 2020
  • Pembinaan projek pembangunan bercampur termasuk kediaman mampu milik bernilai RM10 bilion di Sungai Buloh.
  • Pembangunan Zon Akuakultur Bersepadu di Pitas, Sungai Telaga dan Sungai Padas di Sabah serta di Batang Ai dan Tanjung Manis di Sarawak dengan peruntukan RM252 juta.
  • Peruntukan RM135 juta bagi persediaan prasarana asas menggalakkan petani menceburi bidang bernilai tinggi seperti industri sarang burung walit.
  • Melanjutkan galakan potongan cukai pendapatan bagi pelabur dan pengecualian cukai pendapatan bagi syarikat dalam aktiviti pengeluaran bahan makanan sehingga 2015.
  • Syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), kini boleh melabur sehingga 20 peratus daripada jumlah aset yang diurus berbanding tujuh peratus sebelum ini.
  • Suruhanjaya sekuriti (SC) akan menawarkan tiga lesen broker saham baharu kepada syarikat tempatan, asing dan usaha sama yang layak untuk meningkatkan penyertaan pasaran runcit.
  • Duti import kira-kira 300 barangan kegemaran pelancong dan rakyat tempatan di antara 3 dan 5 peratus dimansuhkan bagi menjadikan Malaysia syurga beli belah.Diantaranya adalah beg, kemeja, pengilat kuku, seluar dalam, baju tidur dan lain-lain lagi.
  • Dana Pencen Swasta (PPF) tahun depan untuk memberi manfaat kepada pekerja sektor swasta dan mereka yang bekerja sendiri.Ini merupakan langkah yang baik bagi melindungi pekerja-pekerja swasta dan bekerja sendiri.
  • Program Adunan Biobahan Api dengan Petroleum Diesel (Program B5) secara mandatori bermula di Putrajaya, Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka
  • Pengecualian cukai jualan ke atas semua jenis telefon bimbit dimana sebelum ini di antara 5%-10%.
  • RM850 juta bagi menyediakan infrastruktur sokongan untuk mempercepatkan pembangunan koridor dan wilayah.
  • RM411 juta untuk melonjak ekonomi ke arah sebuah negara berpendapatan tinggi, aktiviti penyelidikan, pembangunan dan pengkomersilan sebagai landasan peningkatkan aktiviti nilai ditambah dalam setiap bidang ekonomi.
  • Penubuhan Unit Inovasi Khas (UNIK) di bawah Jabatan Perdana Menteri dengan peruntukan RM71 juta bagi tahun depan untuk mengkomersilkan hasil penemuan R&D oleh universiti dan institusi penyelidikan.
  • RM200 juta untuk perolehan hasil kreatif seperti filem, drama dan dokumentari keluaran tempatan yang berkualiti tinggi.
  • Gaji pokok minimum pengawal keselamatan dinaikkan kepada RM500 hingga RM700 sebulan mengikut kawasan mulai Januari 2011
  • Penjawat awam wanita diberi pilihan tentukan sendiri tempoh cuti bersalin bergaji penuh tidak melebihi 90 hari.
  • Skim Rumah Pertamaku bantu golongan muda yang baru bekerja dengan pendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan untuk memiliki rumah pertama.Ini merupakan satu lagi langkah yang bijak.
  • Kerajaan akan menaikkan kadar cukai perkhidmatan daripada 5 peratus kepada 6 peratus. Tarikh berkuatkuasa pelaksanaan cadangan ini ialah pada 1 Januari 2011. Ia terkandung dalam cadangan Bajet 2011 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, di Dewan Rakyat hari ini. Kadar ini tidak diaplikasikan ke atas kad kredit di mana cukai perkhidmatan dicajkan pada kadar khusus RM50 setahun ke atas kad utama dan RM25 untuk kad kedua.
  • Elaun pemimpin masyarakat dinaikkan kepada RM800 sebulan. Elaun bulanan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Persekutuan (JKKP), Tok Batin, Pengerusi JKKK Orang Asli dan Pengerusi Kampung Baru akan dinaikkan kepada RM800 sebulan berbanding RM450 pada masa ini, bagi menghargai peranan mereka sebagai pemimpin masyarakat.
  • RM6.9 bilion pula diperuntuk untuk bina infrastruktur seperti membina jalan luar bandar dan untuk membina jalan luar bandar
  • RM2.1 bilion diperuntuk untuk bina dan menaik taraf jalan luar bandar di Sabah dan Sarawak, selain RM696 juta bagi tujuan sama di Semenanjung Malaysia.
  • Sistem Penilaian Takap Kecekapan (PTK) dimansuh dan diganti dengan sistem penilaian lebih sesuai dan diterima baik penjawat awam. Satu sistem penilaian yang lebih sesuai dan diterima baik oleh penjawat awam akan menggantikan sistem PTK yang akan dimansuhkan menjelang Jun tahun depan
  • Kakitangan Gred 54 ke bawah, pesara terima bantuan kewangan khas RM500. Sebagai menghargai sumbangan 1.2 juta penjawat awam seluruh negara yang memberi komitmen penuh dalam menjayakan inisiatif kerajaan, serta dengan harapan dan pesanan supaya penjawat awam terus berusaha, kerajaan setuju memberi Bantuan Kewangan Khas RM500 kepada kakitangan awam Gred 54 ke bawah, termasuk petugas kontrak dan pesara yang dibayar Disember ini, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
  • Kerajaan memperuntukkan RM 111 juta untuk Program Permata. Ianya bagi membiayai pembinaan Fasa II Kompleks Sekolah Permata Pintar,32 Pusat Anak Permata Negara(PAPN) dan membiayai operasi 52 PAPN yang telah siap.
  • Kadar tol di 4 Lebuhraya utama kendalian Plus Ekspressway Berhad tidak dinaikkan selama 5 tahun bermula serta-merta.
Sumber: http://beritasemasa.com

Text ucapan PM:http://www.treasury.gov.my/data/ucapan/ub11.pdf

Artikel PiLihan Saya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...