Showing posts with label free. Show all posts
Showing posts with label free. Show all posts

(13 Gambar) Hasil Closeup Salji Dengan Kamera Murah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Hari ini admin nak kongsi gambar salji yang di ambil secara fokus dekat (Closeup) melalui Camera Biasa dan Murah. Hasil Jurugambar dari Rusia iaitu Alexey Kljatov telah menciptakan satu pelantar kamera bijak dan murah yang mampu menangkap gambar salji dengan lebih dekat. Wow!! hasilnya memang hebat.

Semua persediaan Kljatov ini menggunakan sebuah papan, skru, beberapa pita, sekeping kaca dan kanta daripada kamera lama Rusia dan mampu menghasilkan gambar yang menarik dan hebat. Mari kita lihat beberapa gambar yang menarik: 


Kamera Yang Dicipta

Gambar Closeup Salji

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 




Sumber: DEMILKED

Cara- Cara Hendak Delete/Padam Akaun Facebook Orang Telah Meninggal Dunia

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua.

Hari ini admin nak berkongsi sedikit info mengenai Cara Hendak Delete Akaun Facebook bagi Orang yang telah meninggal dunia. Sila baca sedikit info di bawah yang mungkin dapat membantu anda semua :
 
"Kewujudan Facebook memberi impak yang baik kepada pengguna dimana pelbagai faedah boleh diperolehi melalui Facebook seperti mencari balik kawan lama, merapatkan hubungan kenalan yang jauh serta menjana pendapatan melalui Facebook. Namun terdapat masalah yang sering dihadapi oleh pengguna Facebook. Ianya apabila keluarga mereka telah menginggal dunia dan tiada seorang pun dari keluarganya tahu kata laluan si mati.
Berikut adalah cara mendeleta akaun Facebook orang yang telah meninggal dunia yang dikongsikan oleh blogger khairulzamri.com.
 
Cara Delete Akaun Facebook Orang Telah Meninggal Dunia
 
Mati atau meninggal dunia tidak akan menunggu sesaat dan waktu yang sesuai sekalipun. Apabila telah tiba masanya kita tetap akan pergi jua walaupun urusan dunia kita sangat banyak tidak selesai lagi kerana ini satu ketentuan Illahi.
Saya doakan diri ini dan pembaca entri dan blog ini semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki – jangan takut bicara tentang kematian.
“Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan…” – al-Anbiya’ 35

CARA DELETE AKAUN FACEBOOK ORANG TELAH MENINGGAL DUNIA

Facebook seperti entri dua tiga hari yang lalu saya telah kongsikan bagaimana ia membina sebuah timeline atau lebih mudah bahasanya ialah perjalanan kehidupan kita yang kita kongsikan di laman Facebook dengan memuat naikkan status, foto dan video serta banyak lagi.
Tertanya-tanya juga bilakah kali hari-hari terakhir kita update Facebook?
Bukan bercakap seumpama diri ini sangat sempurna, tapi sebagai manusia kita harus ambil pemikiran dan pentafsiran kita dari sudut positif kenapa ada entri sedemikian.
Facebook telah menawarkan 2 pilihan kepada akaun mereka yang telah meninggal dunia iaitu:
  1. Pilihan untuk mengekalkan akaun tersebut sebagai peringatan kepada si mati
  2. Pilihan untuk memadamkan terus akaun si mati tersebut
Namun adalah sangat mustahil untuk Facebook memberikan kepada kita kata laluan dan emel akaun si mati walaupun kita sebagai keluarga paling dekat dengan si mati. Itu polisi mereka, kita tak mampu berbuat demikian.
Ramai yang ingin mengekalkan akaun si mati untuk peringatan namun kita juga harus fikir keadaan beliau di alam sana, apakah yang ada timeline arwah itu membantu, menyenangkan atau mengganggu ketenteraman arwah/si mati?

DELETE AKAUN FACEBOOK

Saya ringkaskan dengan cara yang mudah agar membantu anda memahami secara jelas.
#Awas ini hanya contoh cara delete akaun – gambar adalah bukan contoh akaun si mati.
Pergi ke laman akaun si mati (profile).
Cara Delete Akaun Facebook Orang Telah Meninggal Dunia
Pergi ke bahagian > Setting > Report / Block
Cara Delete Akaun Facebook Orang Telah Meninggal Dunia
Pilih bahagian > Submit a Report dan tick Report *Nama Pemilik Akaun*
Cara Delete Akaun Facebook Orang Telah Meninggal Dunia
Pilih bahagian bawah sekali > Get help with other issues
Cara Delete Akaun Facebook Orang Telah Meninggal Dunia
Klik pada bahagian > How do I report a deceased person or an account that needs to be memorialized?
Cara Delete Akaun Facebook Orang Telah Meninggal Dunia
Teruskan klik pada bahagian > request the removal
Cara Delete Akaun Facebook Orang Telah Meninggal Dunia
Perhatian berikut adalah 3 perkara yang perlu anda sediakan dalam proses memadamkan akaun Facebook arwah.
Setelah sudah bersedia klik bahagian > contact us
Cara Delete Akaun Facebook Orang Telah Meninggal Dunia
Dan ini adalah borang untuk anda isi dalam proses terakhir bagi memadamkan akaun si mati ini dengan bersertakan 3 bukti yang telah dinyatakan dalam gambar di atas.
Semoga cara ini mampu membantu anda kelak. Insyallah.. hehe
Wassalam.

copy paste dari blog papankekunci77 & ooo.my

KL Gengster 2 Bocor: 'Saya akan saman berjuta ringgit!'

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Seperti yang kita semua sedia maklum, KL Gengster 2 yang menelan kos RM4.5 juta bakal ditayangkan pada 3 Oktober nanti telah bocor di internet dan media sosial yang lain akibat pihak yang tidak bertanggungjawab. Disebabkan perkara tersebut Datuk Yusof Haslam telah mengadakan sidang media khas tergempar bagi menyatakan pendirian beliau.

Berikut adalah petikan akhbar yang admin kongsi:   
Bocor: 'Saya akan saman berjuta ringgit!'
Datuk Yusof Haslam
 Bocor: 'Saya akan saman berjuta ringgit!'

“SAYA akan saman berjuta ringgit!”. Demikian reaksi pengarah dan penerbit terkenal, Datuk Yusof Haslam berhubung kontroversi terbaru melibatkan filem arahan terbaru anak lelakinya, Syamsul Yusof, KL Gangster 2.

Filem sekuel yang menelan kos RM 4.5 juta itu dikhabarkan bocor di Internet sedangkan masih belum ditayangkan di pawagam.

Ekoran insiden tersebut, beliau mengadakan sidang media khas tergempar, semalam.

Dalam sidang media itu, jelas kekecewaan daripada pihaknya meskipun yang tersebar hanyalah 'raw material' yang belum diberi sentuhan akhir.

“Dari awal lagi saya dah rasa. Syamsul di Bangkok lagi sudah beritahu saya, ‘pastikan ya Papa, sekarang ini zaman digital, jangan sampai kita bocor di mana-mana. Habis kita nanti.’

“Sebab dah terlalu lewat, saya bagi Syamsul 'dateline' dan dia menghantar 'raw material' untuk filem itu, yang hanya 50 peratus kualitinya daripada segi kandungan, kesan dan CGI serta belum dibuat 'final mix' dan sebagainya,” katanya pada sidang media.

Filem yang tersebar luas itu dikatakan bukan dalam format berdefinisi tinggi.

“Dia kata hantar saja ke Lembaga Penapisan Filem (LPF)' dan Finas untuk penilaian wajib tayang memandangkan berpuluh filem menanti. Kalau tak, tayang 2014. Selama ini, kita hantar filem yang 100 peratus dari segi kualitinya.

“Tapi entah kenapa. Ada hikmah juga. Bayangkan kalau kita hantar 'Full HD' kepada syarat wajib tayang...LPF. Bayangkan apa yang terjadi. Sedangkan yang kualiti 50 peratus ini saja, besar kesannya terhadap kami,” katanya.

Akui tidak akan berkompromi dengan pelaku yang menyebarkan karya anaknya itu,  Yusof Haslam memberi amaran bakal mengambil tindakan tegas.

“Pejuangan kami tidak berhenti di sini. kepada mereka-mereka yang nak sabotaj kami, kami tak akan berdiam diri. Kalau kamu menggunakan Internet untuk mencetak rompak, pihak polis juga ada cara untuk mengesan.

“Kami akan bawa orang ini (pelaku) ke muka pengadilan. Bukan dengan denda setakat RM 1,000 tapi saya akan saman jutaan ringgit. Ini yang saya akan buat. Ini bukan perkara main-main.

“Filem ini melibatkan kos yang cukup besar. Walaupun kami buat filem dengan RM 100,000 modal sekalipun, itu adalah titik peluh kami, karya kami. Apabila karya kami dicuri, tidak ada kompromi,” katanya.

Tidak berhasrat untuk mempercepatkan tayangan KL Gangster 2, Yusof tidak mahu bersikap mementingkan diri.

“Tayangan filem ini tetap 3 Oktober. Saya disarankan untuk mempercepatkan tayangannya tapi saya tak nak.

“Saya boleh buat kalau fikir kepentingan diri sendiri tapi sebagai pembikin filem, saya menghormati rakan-rakan produser lain. Saya tak tergamaknya nak pijak kepala produser lain,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menyerahkan soal sambutan dan kutipan kepada rezeki Allah.

“Insya-ALLAH ada rezeki, filem ini akan tetap dapat sambutan. Berapa nak kutip itu soal rezeki dari ALLAH,” katanya.


Sumber: SinarHarian
JanaSampingan
P/s: Admin difahamkan yang download punya version tu tak 100% siap la. Mesti akan ada kelainan sikit untuk wayang punya version. hehe

Pening Kepala - Roti canai, teh tarik naik 20 sen

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia.

Hari ini admin nak share sedikit mengenai kesan kenaikan Harga Minyak baru-baru ni. Salah satu kesannya boleh dilihat melalui petikan akhbar dibawah. Sekali harga minyak naik, harga barang  pasti naik juga. Admin bukan nak bangkang atau menyokong tetapi admin sendiri pun terasa juga bahang kenaikan harga minyak. hehe.












Berikut adalah petikan akhbar:

GEORGE TOWN - Para pelanggan kedai mamak dan restoran nasi kandar di negeri ini mendakwa mereka kini terpaksa membayar lebih 20 sen bagi setiap harga makanan dan minuman yang dijual di kedai-kedai itu sejak kerajaan mengumumkan kenaikan harga minyak Isnin lalu.
Tinjauan Kosmo! di sekitar Bayan Baru, Bayan Lepas dan George Town mendapati lima buah kedai nasi kandar di kawasan terbabit telah menaikkan harga makanan seperti roti canai, nasi lemak serta pelbagai lauk selain menaikkan harga minuman teh tarik dan minuman berais.
Sekeping roti canai kini perlu dibayar RM1 berbanding 80 sen sebelum ini, teh tarik RM1.20 berbanding RM1, nescafe ais RM1.90 berbanding RM1.70, milo ais RM1.90 berbanding RM1.70 manakala jus buah-buahan pula RM2.70 berbanding RM2.50.
Penyelia sebuah restoran nasi kandar di Bayan Baru memberitahu, harga baharu itu diputuskan oleh pihak pengurusan dan berkuat kuasa serta-merta tetapi dia menolak kenaikan tersebut ada kaitan dengan kenaikan harga petrol.
GUAT SENG menjual pelbagai barang keperluan di Pasar Awam Maharani, Muar semalam.

"Kenaikan harga makanan dan minuman tidak dapat dielakkan kerana kos operasi semakin bertambah. Senarai harga baharu di restoran kami akan dipaparkan sedikit masa lagi," kata penyelia restoran itu yang enggan dikenali.

Sumber: Kosmo Online

Torch Browser Pesaing Baru Mozilla Firefox, Google Chorome dan IE

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Setelah 1 tahun lebih tidak update post di blog ini. Kini PakNgah nak share satu browser terbaru yang mampu bersaing hebat dengan beberapa browser yang popular sekarang.





(Kajian Ringkas) TORCH BROWSER

Ciri-ciri Pelayar Obor (Torch Browser):

1. In-built Torrent Client / Dalam dibina Khidmat Torrent
Saya rasa ramai yang menggunakan kaedah yang sama iaitu kaedah tradisional lama untuk memuat turun fail dari torrent. Tetapi dengan memuat turun pelayar Obor / Torch anda boleh terus memuat turun fail dari mana-mana laman web Torrent dan itu juga dengan kelajuan maksima.
(NOTA:. saya tidak menggalakkan anda untuk memuat turun mana-mana jenis fail dari laman web torrent. Di sini, saya hanya menjelaskan ciri-ciri perisian ini) 

2. Prestasi
Pada pendapat saya, prestasi pelayar ini boleh dikatakan antara yang terbaik kerana pelayar obor ini menggunakan ciri-ciri pelayar Chorome dan lebih cepat dan pantas untuk melayarinya.

3. Selamat (Secure)
Apabila difikirkan tentang keselamatan dan privasi, maka saya hanya mempercayai Chrome atau Mozilla Firefox. Tetapi biarlah saya memberitahu anda bahawa Pelayar Obor diuruskan oleh Google, maka tidak ada kebimbangan terhadap keselamatan untuk menggunakannya.

4.Perkongsian Sosial
Saya tahu media sosial berkembang pesat pada hari ini dan setiap orang perlu untuk berkongsi setiap perkara yang anda dapati atau layari di web. Jika anda memuat turun Pelayar Obor ini, setiap perkongsian sosial anda akan lebih mudah kerana ia mempunyai beberapa ciri-ciri perkongsian sosial media secara langsung dan mudah digunakan.

5. Memuat turun Video secara Langsung: 
Saya rasa tidak perlu dijelaskan banyak tentang ciri yang menggerunkan ini. Sekali lagi, anda mesti menggunakan beberapa perisian yang berat untuk memuat turun video dari laman web seperti YouTube. Tetapi tugas anda akan menjadi sangat mudah jika anda memuat turun Pelayar Obor untuk Windows 7/8 kerana video terbina dalam ciri-ciri yang memuat turun.


Download TORCH BROWSER (OFFICIAL LINKS)
Setup File
Offline Installler



sumber: http://www.genuine-report.com/torch-browser-download-for-windows-78xp-free/
JanaSampingan

Tera Copy Pro_Copy Terlaju dan Mudah


Cara-cara nak jadikan Tera Copy menjadi Tera Copy Pro version.

1. Download tera copy yang disini

2. Extract dan buka folder tera copy tersebut serta install seperti biasa.


3.Buka tera copy dan Klik get pro version>enter registration key>Please copy key to clipboard>OK



4. Kemudian buka notepad yang mengandungi key>tekan CTRL+A>CTRL+C

5. Klik get pro version semula>enter registration key(pastikan keluar "thank you for registration! Please restart Tera copy")>OK>close tera copy.

6. Siap..Selamat mencuba, jika tidak berjaya masukkan key..sila copy dan paste sekali lagi sehingga berjaya. Lihat saja kelajuan TeraCopy Pro ini yang mencapai kelajuan sehingga 40mb/sec.

*Walk The Talk* Tutorial Pembayaran PTPTN via MAYBANK




Hmmm.... mesti semua bekas pelajar yang membuat pinjaman PTPTN pening dengan masalah nak bayar duit pinjaman ini kan??. Macam-macam masalah yang datang bila nak bayar, masalah tidak kerja la, masalah tidak sempat la, masalah tidak ada duit la dan lain-lain lagi kan??

Tidak apa, jika ada duit bayar la, jangan tak bayar. Bayar ikut kemampuan, dah itu tanggungjawab kita bersama untuk membayarnya. Duit pinjaman dah digunakan semua, sekarang masanya untuk kita membayarnya betul tak??hehe...

ok...Di Sini aku nak share sikit tutorial bayar balik Pinjaman PTPTN via Maybank2u.com.my secara online. Tutorial ini aku dah buat dalam bentuk PDF secara bergambar dan beberapa langkah mudah untuk follower blog aku atau sesiapa sahaja yang lawati blog aku ini. So sila la download:

P/S: jangan lupa membayar balik Pinjaman PTPTN anda walaupun bayar sebulan sekali ataupun bayar sikit2, janji bayar supaya surat amaran tidak sampai ke rumah kerap2 sangat. hehe..(paku dulang paku serpih, jangan kata orang, dia yang lebih.)
maybank2u

*Walk The Talk* Free USB Disk Security

Hari ini aku nak share sikit software yang aku guna untuk lappy aku sekarang. USB Disk Security ini memang bagus untuk menghalang virus yang menggunakan autorun.inf di dalam USB / Pendrive yang korang suka ternak secara tidak sedar atau suka-suka ternak.



Selain itu, USB Disk Security ini juga mampu menghalang barang-barang di dalam PC / Laptop korang daripada dicuri atau di COPY secara tidak sedar kerana PASSWORD boleh ditetapkan di dalam software USB Disk Security. Kegunaan lain yang terdapat di dalam software ini ialah System Tools dimana mampu membersih System PC/Laptop, Repair System yang rosak dan Delete autostart list yang tidak berkenaan.
Pada pendapat aku, software ini di antara software yang terbaik pernah aku gunakan. Just share dengan korang. Sila download di bawah.



Walk The Talk

*Walk The Talk* Maher Zain Insyallah versi Melayu



Lagu Terbaru dari Maher Zain--> Insyallah Versi Melayu



Video pun ada juga.



Walk The Talk

NEW!! Send SMS FREE



Hantar SMS Percuma Guna MostSMS (Malaysia sahaja)

salam sejahtera..
Kali ini saya nak share benda baru yang mungkin berguna untuk semua khususnya yang ada internet di rumah atau di mana sahaja. Seperti yang kita tahu sekarang dah banyak betul kemudahan yang datang dari internet. Berdasarkan tajuk diatas itu, memang betul guna Percuma. Kalau dalam keadaan emergency / kecemasan bila kredit habis tak sempat nak topup boleh la guna nak hantar SMS. Tapi untuk semua nombor dalam Malaysia sahaja.

Caranya:
Masuk ke www.mostsms.com dan anda perlu terlebih dahulu register. Masukkan nombor telefon, emel, nama, tarikh lahir sendiri (bukan orang lain punya). Dah siap nanti kita akan dapat satu SMS berdasarkan nombor yang kita register tadi. SMS itu bagi password untuk login masuk MostSMS yang kita register tadi.

Lepas login guna password tu kita boleh ubah kepada password kita sendiri. Jadi, tukarkan password kepada password yang anda mahu supaya senang ingat nanti. Bila dah siap semua tadi, anda boleh SMS free tetapi ada limit. 35 SMS sahaja sehari dan masih banyak benda yang berguna di MostSMS ini so tengok2 la ye.

Harap benda ini berguna anda semua. Just berkongsi dengan anda semua. Thank u dan jangan lupa follow my blog




PERCUMA!! Tutorial Rahsia Bina Blog Dalam 3 Minit


Salam sejahtera...

Disini saya ingin berkongsi satu lagi ebook yang berguna kepada anda yang baru atau berminat untuk membina blog secara mudah..Ebook Rahsia Bina Blog Dalam 3 Minit dihasilkan oleh Sazlairie / Jutawansiber.com sendiri untuk kegunaan blogger baru atau kepada yang berminat membina blog sendiri.

Dalam ebook ini, penulis pecahkan kepada beberapa bahagian mengikut turutan untuk membina blog. Paparan dari blogger juga ditunjukkan berserta keterangan satu persatu bagi memudahkan anda membina blog pertama anda. Ikuti satu persatu dalam beberapa minit dan akhirnya anda dapat memiliki blog anda yang pertama!
semoga anda berpuashati dan dapat berkongsi dengan rakan-rakan anda yang lain.
Sekian terima kasih..

Download: Link 1
Link 2

PERCUMA!! E-Book 33 Rahsia Merakam Gambar



Salam Sejahtera..
Ebook ini dikongsi khas kepada peminat yang berminat di dalam bidang atau hobi FOTOGRAFI. Walaupun ebook ini hanya secara ringkas menerangkan mengenai fotografi tetapi banyak tips atau panduan yang berguna di dalam E-Book.

Ebook mengenai 33 Rahsia Merakam Gamabar ini ditulis dan diterbitkan oleh Noorizam Sabran yang boleh didapati di blog beliau www.noorizamsabran.com yang boleh membantu anda mengetahui lebih lanjut mengenai fotografi.

Download: 33 Rahsia Merakam Gambar Menarik Dengan Hanya Mengetahui Asas Fotografi

PERCUMA!! Rahsia 5 Pembohongan Besar Perniagaan Internet


Salam Sejahtera...
Kali ini saya ingin berkongsi E-Book Rahsia Pembongkaran atau Pembohongan Besar Perniagaan Internet kepada peminat setia internet yang telah diterbitkan pada tahun 2007-2008. Walaupun sudah lama diterbitkan tapi ia berguna untuk anda sekalian.Laporan Ini PERCUMA dan diterbitkan Amirul Faisyal, SistemRahsia.com.
Anda digalakkan supaya menyebarkan panduan ini untuk menyedarkan orang ramai tentang BAHAYANYA pembohongan ini jika ianya terus berleluasa.
sekian, terima kasih.

Download: link 1
link 2

PERCUMA!!! Novel Ketika Cinta Bertasbih 1&2


Salam...Kepada semua peminat membaca novel Ketika Cinta Bertasbih 1 & 2. disini saya ingin berkongsi novel2 tersebut di dalam bentuk e-book walaupun telah lama diterbitkan.Saya rasa tidak perlu dijelaskan lagi mengenai novel2 ini dan disebalik kisahnya. Cerita ini banyak memberikan kesan kepada pembaca sehingga filem yang dikeluarkan turut laris di pasaran.
semoga apa yang saya kongsi ini dapat memberikan anda kepuasan dan jika sesiapa yang telah ada ebook ini harap dapat berkongsi dengan rakan-rakan yang belum memiliki novel ini. Saya cuma mahu berkongsi dengan anda sekalian secara percuma..
sekian, terima kasih

Download: Ketika Cinta Bertasbih 1
Ketika Cinta Bertasbih 2

Pembentangan Bajet 2011- Belanjawan Lengkap!!



Selesai sudah Bajet Belanjawan 2011 yang di bentangkan oleh Datuk Seri Najib Tun Abd. Razak di Dewan rakyat pukul 6.oo petang yang lepas. Bertemakan “Transformasi Ke Arah Negara Maju Berpendapatan Tinggi”, Bajet 2011 ini akan menumpukan kepada 4 strategi utama berikut :

  1. Mendaya Kembali Pelaburan Swasta
  2. Membangun Modal Insan
  3. Mensejahterakan Hidup Rakyat
  4. Memantapkan Penyampaian Perkhidmatan Awam

Jumlah bajet - RM212 bilion, 2.8 preratus lebih tinggi daripada Bajet 2010
Perbelanjaan kos operasi – RM162.8 bilion
Perbelanjaan kos pembangunan – RM49.2 bilion

  • Rizab negara berjumlah RM310.8b bersamaan dengan nilai 8.5 bulan import tertangguh dan 4.3 kali lebih tinggi daripada hutang luar jangka pendek negara
  • Negara telah pulih dari kemelesetan ekonomi dunia dgn pertumbuhan KDNK 9.5% separuh pertama 2010
  • Defisit dijangka rendah pada 5.4 peratus pada 2011
  • Jumlah dagangan Malaysia dijangka meningkat 18.7 peratus kepada RM1.173 trilion tahun ini berbanding RM988.2 bilion tahun lalu
  • Jumlah dagangan Malaysia dijangka meningkat 18.7 peratus kepada RM1.173 trilion tahun ini berbanding RM988.2 bilion tahun lalu
  • Sektor perkhidmatan diunjur berkembang 5.3 peratus tahun hadapan dengan pelaksanaan program dan inisiatif di bawah tujuh Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) berkaitan perkhidmatan.
  • Warisan Merdeka – Permodalan Nasional Bhd akan membangunkan projek bersepadu berharga RM5 bilion, yang membabitkan menara 100 tingkat, yang dijadual siap pada 2020
  • Pembinaan projek pembangunan bercampur termasuk kediaman mampu milik bernilai RM10 bilion di Sungai Buloh.
  • Pembangunan Zon Akuakultur Bersepadu di Pitas, Sungai Telaga dan Sungai Padas di Sabah serta di Batang Ai dan Tanjung Manis di Sarawak dengan peruntukan RM252 juta.
  • Peruntukan RM135 juta bagi persediaan prasarana asas menggalakkan petani menceburi bidang bernilai tinggi seperti industri sarang burung walit.
  • Melanjutkan galakan potongan cukai pendapatan bagi pelabur dan pengecualian cukai pendapatan bagi syarikat dalam aktiviti pengeluaran bahan makanan sehingga 2015.
  • Syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), kini boleh melabur sehingga 20 peratus daripada jumlah aset yang diurus berbanding tujuh peratus sebelum ini.
  • Suruhanjaya sekuriti (SC) akan menawarkan tiga lesen broker saham baharu kepada syarikat tempatan, asing dan usaha sama yang layak untuk meningkatkan penyertaan pasaran runcit.
  • Duti import kira-kira 300 barangan kegemaran pelancong dan rakyat tempatan di antara 3 dan 5 peratus dimansuhkan bagi menjadikan Malaysia syurga beli belah.Diantaranya adalah beg, kemeja, pengilat kuku, seluar dalam, baju tidur dan lain-lain lagi.
  • Dana Pencen Swasta (PPF) tahun depan untuk memberi manfaat kepada pekerja sektor swasta dan mereka yang bekerja sendiri.Ini merupakan langkah yang baik bagi melindungi pekerja-pekerja swasta dan bekerja sendiri.
  • Program Adunan Biobahan Api dengan Petroleum Diesel (Program B5) secara mandatori bermula di Putrajaya, Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka
  • Pengecualian cukai jualan ke atas semua jenis telefon bimbit dimana sebelum ini di antara 5%-10%.
  • RM850 juta bagi menyediakan infrastruktur sokongan untuk mempercepatkan pembangunan koridor dan wilayah.
  • RM411 juta untuk melonjak ekonomi ke arah sebuah negara berpendapatan tinggi, aktiviti penyelidikan, pembangunan dan pengkomersilan sebagai landasan peningkatkan aktiviti nilai ditambah dalam setiap bidang ekonomi.
  • Penubuhan Unit Inovasi Khas (UNIK) di bawah Jabatan Perdana Menteri dengan peruntukan RM71 juta bagi tahun depan untuk mengkomersilkan hasil penemuan R&D oleh universiti dan institusi penyelidikan.
  • RM200 juta untuk perolehan hasil kreatif seperti filem, drama dan dokumentari keluaran tempatan yang berkualiti tinggi.
  • Gaji pokok minimum pengawal keselamatan dinaikkan kepada RM500 hingga RM700 sebulan mengikut kawasan mulai Januari 2011
  • Penjawat awam wanita diberi pilihan tentukan sendiri tempoh cuti bersalin bergaji penuh tidak melebihi 90 hari.
  • Skim Rumah Pertamaku bantu golongan muda yang baru bekerja dengan pendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan untuk memiliki rumah pertama.Ini merupakan satu lagi langkah yang bijak.
  • Kerajaan akan menaikkan kadar cukai perkhidmatan daripada 5 peratus kepada 6 peratus. Tarikh berkuatkuasa pelaksanaan cadangan ini ialah pada 1 Januari 2011. Ia terkandung dalam cadangan Bajet 2011 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, di Dewan Rakyat hari ini. Kadar ini tidak diaplikasikan ke atas kad kredit di mana cukai perkhidmatan dicajkan pada kadar khusus RM50 setahun ke atas kad utama dan RM25 untuk kad kedua.
  • Elaun pemimpin masyarakat dinaikkan kepada RM800 sebulan. Elaun bulanan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Persekutuan (JKKP), Tok Batin, Pengerusi JKKK Orang Asli dan Pengerusi Kampung Baru akan dinaikkan kepada RM800 sebulan berbanding RM450 pada masa ini, bagi menghargai peranan mereka sebagai pemimpin masyarakat.
  • RM6.9 bilion pula diperuntuk untuk bina infrastruktur seperti membina jalan luar bandar dan untuk membina jalan luar bandar
  • RM2.1 bilion diperuntuk untuk bina dan menaik taraf jalan luar bandar di Sabah dan Sarawak, selain RM696 juta bagi tujuan sama di Semenanjung Malaysia.
  • Sistem Penilaian Takap Kecekapan (PTK) dimansuh dan diganti dengan sistem penilaian lebih sesuai dan diterima baik penjawat awam. Satu sistem penilaian yang lebih sesuai dan diterima baik oleh penjawat awam akan menggantikan sistem PTK yang akan dimansuhkan menjelang Jun tahun depan
  • Kakitangan Gred 54 ke bawah, pesara terima bantuan kewangan khas RM500. Sebagai menghargai sumbangan 1.2 juta penjawat awam seluruh negara yang memberi komitmen penuh dalam menjayakan inisiatif kerajaan, serta dengan harapan dan pesanan supaya penjawat awam terus berusaha, kerajaan setuju memberi Bantuan Kewangan Khas RM500 kepada kakitangan awam Gred 54 ke bawah, termasuk petugas kontrak dan pesara yang dibayar Disember ini, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
  • Kerajaan memperuntukkan RM 111 juta untuk Program Permata. Ianya bagi membiayai pembinaan Fasa II Kompleks Sekolah Permata Pintar,32 Pusat Anak Permata Negara(PAPN) dan membiayai operasi 52 PAPN yang telah siap.
  • Kadar tol di 4 Lebuhraya utama kendalian Plus Ekspressway Berhad tidak dinaikkan selama 5 tahun bermula serta-merta.
Sumber: http://beritasemasa.com

Text ucapan PM:http://www.treasury.gov.my/data/ucapan/ub11.pdf

Artikel PiLihan Saya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...